Saturday, December 19, 2015

Mereput

Kadangkala kita tengok si dia macam kuat dan tabah, tapi kita tak tahu yang dia sebenarnya dah koyak rabak. Tulang-tulangnya dah habis lunyai, tiada kudrat yang berbaki. Tetapi mengapa dia masih berdiri? Kerna keyakinannya pada Allah, menjadi ruh yang mengangkat tubuhnya, jauh lebih tinggi daripada kita semua. Jadi, usah mendabik dada. Baru kaki kejang sikit, dah melalak tak henti-henti. Tapi kalau orang yang kakinya kena baham dengan harimau, dia tetap kena bergerak ke hospital sebelum dia mati kehabisan darah. Nampak tak apa permainannya? Yang disangka ‘tempang’, kadangkala adalah yang paling tabah sebenar-benarnya.

posted from Bloggeroid

No comments: