Sunday, September 20, 2015

Entry ujung tahun

Aku ada sebab kenapa aku benci,

Bertahun-tahun aku ingat aku buta-buta je benci. Mula-mula aku tak tahu rasa aneh benci yang ada dalam diri aku tu sebab apa. Aku tak pasti. Tapi aku sumpah benci. Orang cakaplah apa pun, aku tak pernah faham. Yang aku tahu, aku memang tak boleh off rasa benci yang ada. Makin membesar, rasa benci tak berkurang. Bertambah lagi sebab yang aku kumpul jadikan alasan untuk makin membenci.


Suatu hari tu, aku pikir aku nak berubah. Buang segala yang keruh berkeladak, ambil yang jernih-jernih. Aku nak jadi orang yang takde benci dalam hidup. Aku cuba, slow-slow..


Tapi, Tuhan tunjukkan bukti kenapa wujud perasaan benci tu. Yang memang serius aku punya sebab kenapa aku benci. Sekarang, bukti dah ada..dengan mata kepala sendiri. Aku tak benci buta-buta rupanya.

“Patutlah, rasa benci ni ada. Patutlah.” Aku ulang berkali-kali..

posted from Bloggeroid

No comments: