Monday, April 20, 2015

Sentap

Atas niat bercita cita mahu menjadi anak, sahabat, isteri dan kakak yg positif minda ada banyak benda yang kena mula semula. Dari seorang yang keras kepala-merajuk-tak-tentu-masa kepada salah-sikit cepat cepat mintak maaf. Aku tahu ianya susah. Sebab dilahirkan sebagai anak sulung. Yang apa-pun akan akan usaha sampai dapat. Terbiasa menjadi seorang yang keras hati, pendam, cakap lepas dan cepat merajuk. Ianya tak mudah. Permulaan ini memang banyak menangis. Menangis sebab semarah apapun aku kena tahan. Walaupun hati kata nak n aku boleh, aku kena terima bila orang cakap tidak dan tak percaya kebolehan kau. Sakit. Tapi aku percaya kepulangan ini, menjadikan matlamat aku untuk memperbaiki diri dan berhati lapang akan tercapai. Aku akan cuba untuk tidak bernegatifkan diri aku.
Maaf untuk segala kekurangan.

posted from Bloggeroid

No comments: