Tuesday, April 21, 2015

Lone Ranger

Mata aku terkebil-kebil mengipas-kipas dengan lekasnya memberi sebab aku mengantuk. Tapi tak tido2, dengan cuaca panas.subhanallah. Keduanya, dari pagi sampai ke malam, mata zahir aku menatap skrin yang tak sudah-sudah papar longgokkan kata-kata hikmah dan maki di Twitter. Seronok sebenarnya bila kau dapat mengadu, menyatakan, dan bercerita dekat orang lain. Yang kau mungkin tak kenal. Orang yang rapat dengan kau dah bosan dengan modal kata-kata kau hari-hari sebenarnya. Menyampah tahu? Tahu tak? Orang menyampah. Hahaha... Erm tapi bukan semua orang seperti lone ranger.
Mengapa selalu dicampak sana dan sini dalam keaadaan lone ranger?

Selalu sangat persoalan itu terdetik. Definisi lone ranger bagi aku:

Tidak mempunyai geng fokus kalau berjalan ke mana-mana, namun bergaul dengan semua jenis geng. Geng yang lazimnya dilabel di Universiti, adalah geng budak belajar, geng surau, geng gila-gila remaja, geng Pantai Timur, geng Pantai Barat, geng baju ketat, geng bola, geng kelas kau maria, geng facebook, geng pancing, geng orang kaya, geng weirdo, geng Dota, geng tangkap gambar, geng gelabah berpersatuan, geng haters, dan sebagainya. Owhhhh pelezzz aku benci keadaan mcm ni masa kat uitm dulu. Mana2 pergi nak berlonggok, baik bawak sepanduk. Ni citer dulu, citer masa belajar dulu yang mmg buat aku annoying gila. Bila dah dalam kerja, aku lone ranger. Suka gerak kerja seperti pergi ke market atau pergi membayar saman mahupun pergi ke tandas, tidak berteman. Selalunya tidak mengambil isu sensitif seperti ditinggalkan atau tidak diajak makan malam bersama. Ini aku dulu masa kerja di tempat yang ramai perempuan dan di tempat kerja yang banyak gossip hangat. Jangan salah cakap jangan terlepas cakap, maka sedaplah jalan ceritanya. Kau tahu itu? Maka tak semena2 fames diri kau. Bila aku mula masuk pendidikan, aku masih lagi berkawan dengan semua orang tapi aku dah ada geng yo! We all selalu berempat bila ada kursus, bila ade perjumpaan. Diam tak diam dah 5tahun kita sama kan?kan?...sayang korang sangat2. Eh...jauh menyasar dah ni ha. Ok back to the line.

Lone ranger pada dasarnya nampak 'semua aku tahu' kerana optimis bahawa segalanya ada jalan penyelesaian. Mungkin selalu diperli, tetapi paling penting baginya tidak suka menyusahkan orang lain. Mungkin sering dipandang sebagai subjek yang pelik untuk dikaji. Ini kerana lone ranger mempunyai minat tertentu dan cenderung berperangai dengan pelbagai karakter. Contohnya, ada masa dia akan ok sgt tapi bila2 masa ada benda yang dia jengkel nengoknyee..ce tgk! Muka pon tukar purple. Aikk purple lg! Namun begitu, ada menyukai sifat multi-karakter ini kerana agak unik yang boleh hasilkan sesuatu di luar jangka. Selalu menghargai apa jua bentuk teguran. Teguran untuk berkenalan, teguran membina dan teguran melaknat. Paling rapat dengan dirinya sendiri.

Gerak hati kuat dan boleh nampak sedikit individualistik. Tidak mudah menunjukkan kasih-sayang berlebihan. Senang kata, dia anggap orang itu akan tahu sendiri melalui jalan rahsia urusan Tuhan. Sangat sensitif tetapi tersimpan. Secara kolektifnya, tak salah jadi lone ranger. Atau sebenarnya dia salah satu spesis forever alone? Atau sebab sejarah hidup dia yang selalu dijadikan kambing hitam??(Hanya Tuhan saja yang tahu)

posted from Bloggeroid

No comments: