Sunday, April 19, 2015

Aku dengan mak

Petang kelmarin. Borak2 dengan mak kat meja makan. Tiba2 aku tanya soalan yang aku pun tak jangka kluar dari mulut aku.
Mak diam. Lama.
Tarik nafas.
“ Mak, andai kata lah, Allah takdirkan along yang pergi dulu, mak nangis tak?”
“Soalan..kenapa along tanya? ” Lembut kedengaran suaranya tapi sayu ja.
“Saja. random” aku senyum di meja makan.
“Mestilah, along anak mak dunia akhirat, sedangkan rasulullah pun nangis ketika Khadijah pergi, inikan pula mak”
“Mak.. kalau boleh along tak nak mak nangis. Nak nangis boleh. 3 minit setengah saja. Tu pun tak boleh over.” Senyum.
“ Sejak bila along pandai mintak bukan2 ni?” Masih lembut kedengaran suaranya.
“Dah kalau mak nangis memanjang, bila nak doakan along kan? Kesian along duk dalam kubur tu haa. Mak doakan abah hari2. Mak doakan along juga tau”
Mak diam. Terdengar helaan nafas.
“ Mak sampai masanya nanti, Allah akan uji kita dengan dasyatnya kiamat .
Masa tu, tak akan ada sesiapa yang boleh tolong kita. Melainkan diri kita sendiri. Even along pun, tak mampu nak tarik mak dan abah. Along pun banyak buat salah dgn mak dan abah. Dengan adik lagi.
Tapi Allah janjikan kita dengan hari kebangkitan, along doakan, along nak dibangkitkan dengan mak dan abah. Dengan adik dan abang”
Dalam diam, aku dengar esakan mak.
Sengaja aku biarkan. Sebab aku juga merasa perkara yang sama.
"Mak, andai hari ini kita berkeluarga di dunia, apa salahnya kita sambung pertalian ini di syurga. Bolehkan mak?”
Terdengar esakan mak semakin kuat. Tapi mak usaha tahan tangisannya. Ya Allah..sayunya.
seminit.. dua minit.. tiga minit..
“along, mak pun nak dibangkitkan dengan along. Dengan kita semua. along doakan mak abah boleh?
Sebak berganda -ganda. Pejam mata rapat. Airmata dikesat.
“Di mata along, mak tak pernah buat salah, along ja yang banyak dosa ”
“along penah merasa kehilangan abah,separuh nyawa along dibawa pergi. Along xsanggup nak tgk mak yang pergi dulu. Along doa along mintak biar allah ambik along dulu ”
aku cakap sambil seka air mata.
"Mak tengok eh mak, lepas satu-satu kejayaan yang along dapat. Along sedih sbb tak dapat share dengan abah. Along nak tunjuk kat abah yang along boleh buat. Along nak buktikan yang abah cakap tu betul. Along share dgn mak, along carik mak dulu sbelum abang. Tapi mak, along ralat sbb abah takda. Abah tak tau apa yang berlaku"


So taking a step back, it’s quite obvious how beautiful Allah planned our lives isn’t it?
For every step of the way, He has never really left us alone, there will always be someone who would be with us.
"Sama sama aim syurga. Shall we?”
Which is to put our best effort forward; in anything that we do. And the truth is, the only thing that we can measure relatively is just our efforts.
And the rest? it is for Him to decide, all the endpoints are in His Hands.
All the stories of how our life will proceed are all in His Plans. Trust Him, I think that’s what He wanted most from us. Insya Allah.
To the One watching us from above,
Permudahkan urusan kami, ya Allah.
aameen Yaa Rabbi
Subhanallah :’)

posted from Bloggeroid

No comments: