Monday, September 8, 2014

Surat untuk bos

Permohonan Untuk Dipindahkan Tempat Bekerja

1. Merujuk perkara di atas,saya dengan ini ingin memohon dipindahkan kerja dari Pejabat ini dan pindah pejabat lain.Saya harap pihak bos dapat menerima permohonan ini.

2. Sebab musabab saya ingin berpindah ada dua.Satu sebab yang munasabah dan satu lagi sebab yang tidak munasabah.

3. Sebab yang munasabah mengapa saya ingin berhenti bekerja di sini adalah saya dah boring asyik2 buat kerja yang sama. Beban kerja saya bertambah dari hari ke hari tapi mood kerja saya makin kurang dan kurang.

4. Sebab yang tidak munasabah pula adalah,sejak bos bekerja di pejabat ini,saya merasakan yang dosa saya semakin bertambah dan tidak pernah nak berkurang.Setiap hari tentu ada perkara yang saya akan mengata bos.Pabila diri sudah tidak berpuas hati,tentu akan ada tohmahan dari belakang.Walaupun di depan pihak bos mungkin saya kelihatan gembira bekerja,tetapi dalam tak siapa yang tahu. Bos pun salah jugak, ubah-ubahlah perangai yang bajet2 bagus tu bos. Tak salah pun belajar dengan orang bawahan bos. Eh!Maaf bos, terlebih sudah.

5. Oleh itu saya berharap pihak bos dapat memberi kerjasama supaya memindahkan saya dari pejabat ini.Sekian terima kasih.

Yang Benar,


Rositah Rasul
Mmmmuahhh bos skali..
xxxxx

posted from Bloggeroid

4 comments:

Nurul Jiyana said...

Merujuk kepada surat puan yang berkenaan, saya dengan ini tidak meluluskan permohonan perpindahan puan ke pejabat yang lain.

Sebarang rayuan tidak akan diterima dan dilayan. Sebab permohonan berkenaan ditolak tidak akan diperjelaskan.

Sekian,terima kasih.

Hihihihihihi

ietah said...

Perghhhhhh!!!sengal...
Hahaha

Nurul Jiyana said...

bagi u hilang stress..kena ada gurauan2 berkasih sikit..hahahahaha

ietah said...

Tq..u mmg memahami