Thursday, September 11, 2014

Selesai Semua

Syukur Alhamdulillah, selesai semua urusan harta abah. Tak banyak mana pun abah tinggalkan, tapi itu amanah yang arwah tinggalkan. Rumah dah lama selesai, motor urusan adik dan kereta aku uruskan. Bertangguh-tangguh berbulan-bulan betahun-tahun gitu, akhirnya selesai. Disebabkan kereta itu perlu tukar nama dan perlu ke puspakom, maka kejadian bertangguh-tangguhlah jadinya.
Laki dah bebel-bebel nak tunggu sampai bila baru nak buat kan. ok..ok.. lelap mata keluarkan almost RM700, tapi tak mengapa lah asalkan semua selesai.
Selesai puspakom, selesai Insurans melenggang kangkung lah aku ke JPJ, al malangnya tak selesai juga sebab abah kesayangan tak ke jpj untuk batalkan hak milik kenderaan.Huwaaaaaaaaaa....
Mana nak carik bank yang dah lapuk ni? Yang tak tahu kewujudannye. Dipendekkan cerita, call bank negara ok!Rupa-rupanya dah di bawah Affin Bank. Pengsan mak sekejap nak pasal nak menguruskan semua tu lagi sekali. Moralnye kan, jangan ingat kereta dah abis bayar buat diamkan diri. Bila nak tukar nama macam ginilah jadiknye..itulah my abah, untuk diri dia slalu tak ambik kisah. Tapi alhamdulilah semua dokumen masih ada lagi. 
So dapatlah selesaikan semuanya dalam masa 2minggu..tapi mak redha nak...insurans mak laku 6 bulan jekkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!Bulan Mei kena buat lagi.



No comments: