Tuesday, September 30, 2014

Sape bodoh??

Haritu aku berdebat dengan seorang kawan. Atau mungkin seorang manusia. Entahlah, aku rasa memang tak layak lah dia dipanggil seorang manusia. Ya ya aku sedar aku tak patut sewenang wenangnya men-judge seorang manusia sebab emosi.

Dalam cerita ni aku taknak salahkan sesiapa. Cuma atas dasar 'aku pun ada hati' , macam tulah.

Aku tengah borak dengan manusia ni. Sampailah part cerita pasal budak sengal tu. Aku cakap budak tu buat benda yang buat orang nampak dia bodoh walaupun realitinya budak tu pandai. Aku tak tahulah kalau dia pandai ke tidak. Tapi mungkin dia pandai. Kot.

Tiba tiba manusia ni kata , kau pun tak sedar kau pun bodoh, cermin diri sikit eh. Okay, kat sini lah aku mula nak cantas ayat dia. Well, aku admit yang aku memang bodoh . Tapi, adakah aku tunjuk dekat orang ramai ? Pandai pandailah simpan bodoh masing masing kan ? Aku cakap macam tu.

Manusia ni kata lagi , siapa kata kau tak tunjuk dekat public? Kau update status dekat laman sosial pun bodoh jugak tau. Samalah dengan budak tu, tunjuk dekat laman sosial jugak.

Kat situ aku mula confuse. Okay kalaulah aku update 'Awake' macam ni dia kata bodoh. Yes memang just benda bodoh tapi adakah ia menampakkan aku seorang yang bodoh? Yang realitinya memang bodoh.

Lalu aku kata , oh habis kau tak bodoh jugak sampai nak bodoh bodoh kan aku ? Kau pun update status jugak kan. Kau punya status pun lebih kurang je.

"Tapi kau punya status lagi bodoh tau"

Time ni aku makin confuse. Aku bukan jenis pandai nak patahkan ayat orang lagi lagi manusia ni. Daripada aku makin confuse dan dibodoh bodohkan, aku belah jelah. Sakit hati. Orang cakap kau bodoh, kau tak marah? Makin lama aku duduk situ , ada kemungkinan makin panjang lebar debatnya.

Aku ingatkan dah settle. Entah apa aku buat sampai manusia ni kata , kau lah manusia paling bodoh!

Makin lama aku layan perangai dia makin menjadi jadi mulut dia.Selalu sangat nak menang padahal bukan seberapa .

posted from Bloggeroid

No comments: