Tuesday, September 9, 2014

Hati

Someone beritahu why not saya tak cuba menulis sajak? Sajak????Ermmm..tak penah pun menulis, tapi saya cuba. Lately selalu diri kacau bilau dengan segala benda. Itu pasal lah blog ni hari-hari bernyawa. Maaf belog, hanya kamu tempat saya coretkan. Barangkali hanya kamu yang memahami


Hati,
Berdetak seribu rasa,
Mempamer berjuta duka,
Namun tak mampu diluahkan,
Bibir tak terkata,
Suara tiada irama,
Terus tersimpan rasa pedih itu,
Menahan mutiara dari gugur,
Menahan mata dari kabur,
Kedua ulas bibir menguntum senyum,
Kerana tahu tiada maknanya ditangisi,
Tiada siapa akan mengerti,
Biarkan duka terus berkubur,
Bersemadi bersama resah dan gundah,

Hati,
Adakalanya terlalu rapuh,
Mudah patah bak kristal,
Mudah berderai bak kaca,
Mudah gugur bak kelopak mawar,
Namun diluar ini dipamerkan sebaliknya,
Melalui wajah hati umpama batu,
Nampak keras dan tegar,
Seolah kuat dan kukuh,

Hati,
Sudahkah kau ketahui,
Ratapanmu tiada ertinya lagi,
Teruslah bertabah kerana Allah lebih mengerti,.


##
Saya

No comments: