Thursday, August 21, 2014

KETUA PEREMPUAN

Aku dah merasa 10 Ketua, bermacam-macam ragam dan bermacam-macam perangai. Ada yang okey ada yang tak. Serasa malas nak bercerita, malas nak meluahkan tapi aku nak membebel gak kat kau belog. Kali inilah bos aku yang paling aku tak suka. Seriously perasaan menyampah aku tu sampaikan aku cakap dengan dia pun takde bahasa baik-baik belaka.
Apa ye rasa korang kalau bos korang tu rasa semua dia buat betul. Orang lain salah berlaka. Tak mahu dengan nasihat orang. Tak mahu berunding. Tak mahu-tak mahu segalanya tak mahu dan taknak mengaku yang dia tu tak tahu. Haishhh aku tak boleh nak terima orang macam ni. Ye awak tu Bos, tapi kan tidak semuanya bos itu betul bos itu tahu segalanya. Ada satu perasaan nak blah dari tempat ni memandangkan aku dah pun 5tahun kat sini kan. Akan tetapi kalau aku pergi, aku bodohlahhhhhhhh sebab sekolah ni dekat dengan kampung aku. Aku harapkan dia yang blah dulu dari sini. Sampaikan kawan aku ni tak banyak cakap pun dah bercakap. Dah menzahirkan ketidakpuashati pada bos. Nampak tak kat situ bertapa orang menyampah kan dia.
Aku?dah takda nak cakap baik-baik dah, bahasa aku mmg dah kasar. Lagipun bahasa dia pun kasar jugak. Aku pun tak tahu tahun ni prestasi aku berapa. Ah persetankanlah..malas nak pikir. Lagi pikir lagi sakit kepala. Lagi baik aku pikir exam yang akan datang minggu depan. Mak tak bukak buku lagi nak oiiiii.....Pemadam bagak besar beli.hahahaha

Apa-apa pun kan bos ni macam pelanggan..always right..tapi tang mana right dia pun aku tidaklah tahu.
Okeylah belog, lain masa aku mentulis lagi atas kau yek. 
daaaaaaa
Macam biasalah belog..aku kan suke stop ikut main dan jek

No comments: