Sunday, November 10, 2013

Collapes...

Sejak dua tiga hari yang lalu perasaanku terasa tidak tenteram, seakan mudah marah, cemburu, geram, sedih seolah-olah ingin menangis namun rasa itu dapat kukawal walaupun kadang emosi dan mimik muka tidak searah, namun semalam hari yang sungguh sepi bagiku. Hari yang penuh dengan rasa sedih dan kecewa. Hari yang membuatku jatuh dan seolah-olah tak mampu untuk berdiri kembali. Hilang segala semangat!!! Hilang segala kekuatan!!! Sehingga aku sendiri tidak mengenali diri ini. Betapa lemahnya aku menongkah arus, dugaan apakah yang melanda saat ini...aku tiada jawapan yang pasti.... “Mungkin aku terlalu penat kebelakangan ini..Mungkin aku terlalu penat menjadi insan yang tabah dan kuat di depan semua orang...Mungkin aku belum mampu menipu semua orang aku seorang yang tabah...mungkin cara yang berbeza menuntun kudratku untuk mengadaptasi situasi hingga aku rasa hilang keupayaan dan semangat lagi..Mungkin!!!”



posted from Bloggeroid

No comments: