Friday, September 27, 2013

Keluarga Besar kami Diduga Lagi

Innalillah...Astagfirullah.....Istighfar..Tiada ayat lain yang keluar dari mulut saya dikala mendapat tahu kakak sepupu kesayangan saya yang diduga dengan dugaan yang berat sebegini. Di kala umur 43 tahun, kak ida di sahkan mengidap breast cancer. Hubungan kami memang rapat dari dulu, rasanya tidak perlu saya ceritakan sebab entry2 sebelum ni pun dah banyak saya berceloteh bagaimana rapatnya kami 2 beradik dengan mereka semua. Lebih-lebih lagi setelah abah meninggal dunia.
Saya mohon cuti semalam nak bersama kakak sepupu saya bagi semangat sebelum dia operate buang breast sebelah sebab sel cancernye agak aktif dan saranan Dr adalah membuang sebelah. Operation sepatutnya bermula 9.00pagi tertunda sehingga jam 1.30ptg disebabkan ada emergency case yang perlukan dilakukan segera. Kesian kakak sepupu saya menunggu begitu lama. Jam 5.30ptg, dia ditolak keluar dari operation room. Keadaan agak stabil, tapi kita tak tahu selanjutnya.
Actually yang saya nak tulis ni dah berbulan dalam draft..terukkan dak ita?Sebab nak tulis backspace balik..haishh bukan takda idea,tapi tak tahu nak tulis macam mana..
Nak taknak..saya publish gak lah ye entry ni

No comments: