Tuesday, October 23, 2012

Percutian Ke Medan Hari Pertama Di LCCT Dan Medan (12/10/2012) Part 2

Ce tengok..sampaikan bersambung part 2 untuk hari pertama aje..teruja ke tak teruja ni? Biaserlah kan tempat baru pergi memang teruja lain macam. Sebelum kiteorang sampai Danau Toba, banyak tempat singgah. Si Danu ni bawak merata-rata tempat, sampaikan kuil pun dia bawak. Tapi tak apa,aku suka sebab aku memang suka sejarah. Mula-mula singgah kat kedai PT Lovely Holiday punya branch aku rasa untuk lihat barangan orang batak. 

Aku tak beli apa pun kat sini, sebab tak ada yang menarik kat sini pun. Cuma yang aku tertarik dengan batang kayu yang dikatakan sakti oleh kaum batak sebab hanya raja dan bomoh sahaja yang memilikinya.


Lepas tu singgah makan tengahari lah beb kat kedai Beringin Indah II, berapa banyak beringin pun aku tak tau. Layanan VIP pulak tu, siap makan dalam bilik beraircond. Makanan adalah banyak sampai tak habis. Mungkin perut terkejut kot makanan kat sana sedap-sedap. **Punah diet aku**.


 Sudah mengenyangkan perut teruskan perjalanan sampai kat Kwan Im Temple, memang cantik binaan dia. Tak puas nak mengambil gambar sebab tetiba hujan turun. Sayang sey..


Kalau dah ke Medan ni memang tidak sah lah kalau tak singgah Teng teng or Ting ting. Aku ingatkan apalah kan nama macam main tengteng jek, rupanya kat situ macam-macam jenis kacang dia jual. Aku beli 4 bungkus jek pulak tu. Sekarang dah menyesal tak beli banyak sebab mak aku cakap sedap. Bila lagi nak pergi Medan? jawabnya bertahun-tahunlah tunggu lagi sebab lepas ni nak ke tempat lain pulak. 

Perjalanan diteruskan, masing-masing dalam kereta dah tak bergurau-gurau dah. Masing-masing layan perasaan sampai terlelap. Ada jugaklah dalam 1jam macam tu, tetiba adik aku  cakap "Danu, dah naik bukit ke?".Danu cakap ye dan tanya macam mana adik aku tahu. Adik cakap sebab dia terasa telinga berdengung.hahahaha..macam-macamlah ko dik. tapi memang! keadaan dah semakin sejuk anginnye walaupun cuaca panas. Jalan dah mula sempit, pokok-pokok pun dah macam pokok christmas aje. Subhanallah!!memang terpegun tengok keadaan sana..walaupun keadaan aku time tu dah hoyong hayang mabuk dengan nak muntah gara-gara perut kosong makan pisang goreng dan teh botol.ahaksss..tapi hati nak layan gak indahnya Danau Toba..



Terdiam sekejap, begitu indah kan ciptaan allah..atas gunung ada tasik? ermm..begitu besar kekuasaan allah. Kami sampai Niagara hotel dalam jam 3.30 petang..


Lepas ni aku cerita pulak hari kedua kami di sana ya



2 comments:

Anonymous said...

Have you ever thought about writing an e-book or guest authoring on other websites? I have a blog based upon on the same subjects you discuss and would really like to have you share some stories/information. I know my viewers would enjoy your work. If you are even remotely interested, feel free to send me an e mail.

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.