Friday, October 19, 2012

Percutian Ke Medan Hari Pertama Di LCCT Dan Medan (12/10/2012) Part 1

Akhirnya berjaya jugalah aku menaip entry ni sebelum kenangan-kenangan tu makin lama makin hilang dari Drive O (Read Otak) ni. Almaklumlah umur semakin meningkat dan meningkat pasti lupa semua tuk. Ayat biasa aku dengar kita merancang, hanya allah yang tentukan right? Kekadang terfikir jugaklah, takkanlah jadik macam tu. Yes, its true beb. Rancang baik-baik punya minta abang Hamzah untuk teman husband aku menghantar kiteorg semua ke LCCT tapi apakan daya, dia ada perjumpaan dengan Doktor pagi tu. Kenalah cik abang menghantar kami-kami ni ke LCCT jam 2.15pagi. Pepagi hokey..pepagi!brlrrrrrrr sejuk gila. Sebelum pergi ke Medan ni aku dengan kawan baik merangkap kawan sekolah/kawan berjalan/kawan merayap/kawan susah senang/kawan yang faham aku seadanya Nurul Yuzaah selain dari kawan aku Rohanawati. Sayang korang banyak-banyak. Ana!better you ambil cuti next year untuk berjimba ok!Sudah lepas 2 trip ngko tak ikut! (Aku tau ko slalu skodeng blog aku.jeng..jeng..jeng..)
Ada macam pelancong ke mbak2 dan ibu2 ke Medan?muahahaha

Ok then, kami pergi berempat aku, adik aku,kawan baik aku dan kawan baik adik aku. Berapa banyak aku daa. Aku pergi gunakan PT Lovely Holiday yang betul2 lovely lah tapi bukan direct dari Melaka ke PT Lovely Holiday tu tapi melalui Melaka Holiday. Kami sampai LCCT dalam jam 4.00pagi macam tu, see betapa awal kami sampai mengelakkan terlepas flight. Aku yang pertama kali sampai LCCT ni memang tercangak-cangaklah tengok keadaan keliling. Ingatkan sunyi macam KLIA, mak aiii hingar wei. Takkan rasa takut kalau kat sana awal-awal. Flight kiteorg jam 8.15pagi waktu Malaysia dan sampai Medan dalam jam 8.45pagi.Macam back to future kan?ahaksss tapi itulah masa di Indonesia. Lain tempat Indonesia lainlah masanya. Apa nak buat ni,apa nak buat ni dengan masa yang terlalu awal sampai ni kan? Pusing ke bahagian check in, keluar balik..duduk-duduk macam pendatang kat luar tu. hahahaha. Kami decide sarapan pagi kat wildmill. Kemainn kooo brekpess omputeh. Lebih kurang jam 5.45pagi kiteorg pegi solat subuh. Lepas tu check in dalam jam 7.50pagi.
sumbat dalam perut dulu apa-apa pun

Ada kalut sikit masa nak check in luggage kooo, fuh terbang RM100 lebih untuk berempat pasal terlebih berat. Memang kiteorang ada beli berat luggage untuk pergi 20 kg dan baliknya 30kg. Aku nasihatkan pada kengkawan yang pertama nak pergi macam aku ni, belilah luggage pergi tu 15kg seorang janganler kedek sgt sebabnya charge 1kg yang terlebih dalam RM10.50 ok. Sudah rugi disitu. Sangat rugi ok. Setel part luggage,kiteorg terus g checkinkan diri. Pulak dah beg handcarry aku boleh tersangkut masa checkin.hahahaha.suspen sungguh lah kan. Menunggu ler kami kat depan pintu no 9 tu sampai masanya naik flight. Ha! kat sini pun buat orang pening,kat screen pintu no.6 tapi dekat ticket pintu no.9.Nasib baik nurul pergi tanya pintu no berapa,orang tu cakap 9 tapi screen no.6.Ha kooo tau kelamkabut mamat tu..Karang tak pasal-pasal kite semua tak pergi medan tapi pergi China.Tak ke haru??
Itu pintu yang kiteorg kena masuk nanti

Kami ambil flight dari indonesia,sbb tak awal sangat dan tak lewat sangat. Flight agak ok jugak, rasa laju dia bawak. Pilot perempuan ok,perempuan! co pilot dia lelaki. Dalam flight tu kena isi form pulak,masa ni lah start mabuk pasal flight langgar awan bagai..tengah-tengah menulis tu sekejapan jek dah suh kencangkan sabuk pengaman.Wei! baru jek menulis tau dan nak sampai?? 
kencangkan sabuk..ko mampuu??

Hi Medan..kami dah sampai cuma belum landing jek lagi..

Masa isi form ni,adelah sorang mamat kat sebelah aku ni tanya aku first time ke Medan? Opkoslah aku jawab ye kan? Dia nasihatkan aku ketepikan RM10 untuk bagi pada imegresen sana kalau payah sangat dia nak lepaskan passport aku.What???Dah Start lah gelabah bagai kan.Aku pandang nurul dan nurul pandang aku. Ok fine,we just rileks dan berserah. dalam hati insyaallah allah tolong..So kami sampai, turun jek dari flight..mak aiiii!!kecik nau airport dia, macam panjang rumah aku jek (ditambah balai belakang umahlah kan). Masa ni tak pikir apa dah,cuma takut jek. Masa kat imegresen, aku orang last dari berempat yang pegi mengadap imegresen tu. Aku tengok nurul sampai kene cop semua jari, ajue pulak nak tgk intenery kat sana baper hari, adik aku pulak siap kene ngurat dengan imegresen tu..nasib baik hensem!muahahaha. Aku pulak,langsung tak mintak apa-apa. Bercakap pun tidak. Ewah?macam aku hadap nau nak bercakap dengan kooo tau..hehehehe. Alhamdulillah semua takda masalah. Itulah baiknya guna travel agensi ni, tak payahlah nak risau korapsi-korapsi bagai. Bila Keluar jek, takut tu datang pulak tengok punya ramai orang yang pakai baju hitam. Sudah! ini nak ambik beg aku lah ni?Cuak..cuak..cuak..tup2 ade bapak ni agak tua bawak sepanduk nama aku.Alamak?tuanyaaaaa...Aku pun tanyalah, bapak ini kah yang bawa kami? Dia kata tak,ada diluar..ok fine..Kami pun keluar dan ada sorang ni cakap dia yang bawa. Bile aku tengok dia muda lagi,macam pangkat adik2.oklah tu sure bawa kereta pun ok. Baik budaknya, peramah, pelawak kadang-kadang kaki kelentong. Banyak kali terkena dengan dia ni..hahahaha.
Pak Danu kaki kelentong punya budak...

So aku tanya dia hari ni nak ke mana, dia jawab sepatutnya istana maimon tapi kite terus ke Danau Toba. Oklah kan, aku dan kawan-kawan tak banyak songeh ikut aje sebab dia yang lebih tahu.betul tak?Sepanjang jalan berborak dengan dia ni. Cop...cop..cop..nak tau satu benda tak?Kami semua tak mandi dan tidur dari jam 2.00pagi. hahahahaha..
Jauh rupanya perjalanan kami ke danau toba ni, dalam 6jam sepatutnya tapi Danu ni bawa dalam 4jam maybe kita pun tak banyak karenah dengan dia dan ikut saja cadangan dia. Yang pasti aku nak sampai cepat,badan aku tak sedap rasa. dari aku baca blog-blog semua macam ada masalah, tapi alhamdulillah dengan gunakan travel agensi ni takda masalah..opkos aku syorkan korang amek travel agensi tak perlah kalau mahal sikit pun janji keselamatan kita terjaga kan?
Masa ni depan travel agensi PT Lovely Holiday


Parabola ok....dasat tak dasat kat sane?


Ok aku sambung part di danau toba nanti yek...ni pun dah menimbun aku cerita 
daaaa



2 comments:

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


ietah said...

wsalam pak amsyahril..
trima kasih melawat blog saya..insyaallah,kalau ke sana sy guna hikmat anda ya