Thursday, October 25, 2012

Percutian Ke Medan Hari Kedua (13/10/2012)

Kami bermalam di Niagara Hotel, no aircond just ada kipas aja itupun tak pernah switch on sebab sejuk dah kat situ. So no need aircond bagai. Akibat semalam tak xcukup tidur dan tak cukup mandi buatkan kiterorg terdampau malam tu macam ikan paus..muahahahaha..
Driver cum tourist guard dah bagitau awal2 yang pagi-pagi ni nak ke Pulau Simosir. Ada 2 kampung nak jelajah. First kampung Ambarita Village dan satu kampung lagi aku dah lupa pulak..sorry kengkawan..hikhikhik..ala tak kisahlah kan? Kisah batak jugak kan? Ayat sedapkan hati.

sebelum tu, inilah hotel nak aku stay kat Danau Toba. Cantik kan?


Kali ni bukan kami berempat sahaja yang pergi tapi sama dengan group lain yang juga dari Malaysia. Ada 2 bas lagi, tapi kami paling VIP lah kan sebab naik kijang. muahahaha. Orang lain kena turun jauh tuk pegi naik feri tapi kami ni ha depan-depan feri tu si danu parking. Dok masa menunggu yang group lain bersiap tu, kami dok posing-posing kat depan Niagara Hotel tu. Pekerja kat situ pun senyum-senyum tengok gelagat kiteorg ni. Bukan menggelitis ok..bukan pun mengada-ngada. Maybe pekerja tu senyum-senyum sebab kitaorang teruja bergambar x pikir hal keliling. Yang macam terbang ada, yang macam bincang ada. Tapi tak boleh blah patong-patong kat sana lucah-lucah.
Nampak tak? betul kan aku cakap.



So lagi sekalilah aku nak bagitau, kalau nak travel ke Medan ni betterlah berempat atau berlapan sebab korang akan dapat transport sendiri dan tak share dengan orang lain. Kat Simosir Island lah berlaku eksiden yang memanaskab hati semua orang termasuk aku yang lagi panas hati tengok.Ok,tu karang aku cerita. Dalam jam 8.30 pagi rasanya kami naik feri ke Simosir Island. Tahukan korang yang Simosir Island ni keluasannya 2kali ganda dari Singapura??Boleh agak tak berapa luas pulak Danau Toba ni??
Masa ni dah sejuk tapi tak berapa sejuk sangat. Masih boleh bertahan lagilah.
Posing-posing atas feri dulu, ha ya lupa nak bagitau pulak. Sebabkan kami ni bercampur dengan group yang lain. dalam ferilah berkenal-kenal dengan orang Malaysia. Semakin pelik dengan bangsa melayu sendiri yang tak bertegur dengan bangsa melayu. Sudahlah menyombong. Wahai awak 6orang anak dara ke tak anak dara toksahlah nak sombong-sombong.Baru pegi Medan je kot. Kami kat atas feri tu lagi beramah mesra dengan orang Malaysia berbangsa China, India dan Serani. Sedihkan orang melayu yang macam tu. Sudahlah kau orang ambik gambar aku rase atas feri jek dah ratus-ratus kot.
Di Simosir Island


Ramai orang takut dengan orang batak, selalu orang cakap "eh!brani kau pergi?Orang batak makan orang!". Helloooo..itu dulu lah der, sekarang mana ada orang batak makan orang? Zaman dulu pun bukan saja-saja orang batak makan orang ok!Makan sebab orang tu buat jahat, buat salah. Kalau fikirkan memang zalimkan? Tapi maybe juga sebabkan ini, zaman dulu susah nak jumpa orang buat jenayah. beetul tak? Pak Ramon ada cakap, bila dah makan orang. Penduduk situ selama 1minggu takkan minum air Danau Toba dan makan hidupan dari Danau Toba.
Demo hukuman pancung zaman dulu..kesian kooo Danu jadik model


Lepas tu semua pergi Pulau ke dua pula, maaf sangat-sangat aku lupa nama tempat yang kedua ni. Tapi sebelum tu adalah eksiden buat aku panas hati. Susah betul kalau manusia ni tak fikir manusia lain. Tourist sudah bagi masa 30minit untuk shopping, ada pulak minah ni terhegeh-hegeh shopping sampaikan makan masa 1jam lebih. Boleh pulak tu tergelek-gelek jalan sorang-sorang naik feri dengan barang penuh kat tangan.WTFun lah koooo. Group aku paling awal naik feri.Biaserlah geng kami tak suka shopping. Si Danu pun happy jek tengok kakak-kakak yang dia bawak ni tak bagi karenah kat dia.hahahaha


Memang layaklaaa ko susuk depan dengan toilet tu tau..panas hati tunggu ko shopping lama-lama.


Masa kat pulau kedua ni,Pak Moris dah ingatkan ikut masa sebab lepas tu nak ke Berastagi makan masa 4jam. Kitaorang tak terasa pun sebab kami-kami ni paling awal naik feri.Kat Samosir Island memang tak beli apa-apa sebab penjual dia sangat rakus tau. Korang semua kalau nak ke Simosir Island jangan cakap nanti-nanti,mereka akan tuntut janji sampai ke feri tuk beli barang tau. Sebabkan inilah aku langsung tak beli apa-apa. Budak-budak ni naik feri minta tukar duit pun aku tak berani bagi sebab takut dia panggil lagi ramai budak-budak.hahaha

Pulau kedua kami tengok kubur Raja dan lepas tu balik semula ke jeti. Pergi makan tengahari di kedai Danau Toba dan teruskan perjalanan ke Berastagi.







2 comments:

Anonymous said...

I really liked your blog! It helped me alot… Awesome. Exactly what I was looking for. Thanks!

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.