Monday, July 16, 2012

Disappointed

Lama tak update blog, banyak cerita tapi tak tercerita. Banyak kali bukak blog dengan idea-idea nak menaip ilang lagi skali. Ape ke hehh lah aku kan? 4 tahun bekerja under gomen dah pun melayakkan aku dapat bertaraf pencen dengan pengeluaran kwsp. Yerlah, dah tak potongan kwsp lagi dan bertaraf pencen no need to cut2 my salary lah rite? Lagi satu tak sangka dapat macam seperti yang tidak dijangkakan so niat puasa dan sedekah pada masjid kampung tercinta dah pun terlaksana dengan sempurnanya. Jangan main-main wei nazar kalau tak dibuat. Bulan ni jek aku nazar 2 perkara, alhamdulillah kedua2nya aku dah laksanakan.
Maka dengan adanya duit tu, hari sabtu jugak aku dah agih2kan dalam bank yang sepatutnya. Yang takdok auto bank in tu haruslah tunggu hari senin ye tak? Senin depannya aku buat operasi melanting-lantingkan duit2 ni semua dalam akaun yang wajib dan tinggalkan dalam akaun duit muka kereta dan ada jugak terselit-selit duit gaji.
Hati berbunga, hati gembira dan selalu bercerita dengan family dan kawan terdekat aku pasal nak nak beli kereta. Setiap kali nampak kereta tu kat jalan raya, aku suka sampai cakap "iklan-iklan" dan paling kronik kalau nampak kereta tu parking sanggup tinjau-tinjau dalam kereta tu "fuh yooo cantik2" dan menggelitis kat situ senyum sorang2. Bayangkan tengah drive. terukkan? Aku sanggup letak d/payment untuk kereta tu yang mana sepatutnya semua kereta hanya 10% jek d/paymentnye. Eh?aku sanggup letak banyak dan tak berjoli duit tu pasal aku minat sangat kereta tu. Niat aku satu untuk family aku, untuk aku bawa mereka berjalan dengan selesa dan paling penting ia hasil dari aku bekerja 15tahun. Aku boleh bayar dengan monthly RM548 tu, memang aku yakin boleh sebab aku bukan kaki shopping cuma aku kalah dengan novel jek. Tu tak jadik masalah, tak pegi kedai buku tak ler beli novel kan?
Cuma agak terkilan dan kecewa loan tak lepas2. Kenapa???Perlukan garrantor pulak untuk standby? Hey?apa gunalah aku selama ni kemain jaga gaji aku? Kemain ikut flow bayau utang pinjaman ASB yang duit tu aku dapat 10tahun lagi?Siap bayar terlebih RM122.00..hailah CIMB bank, janganlah kau sesakkan nafas aku ni hoi!Aku takda utang lain dan paling penting tak blacklist pun laaaa..Silap haribulan, aku tak ambik kereta tu aku keraskan hati masuk duit dalam ASB biau berkepul dalam tu..pakai wira sampai hancur.

tapi....aku nak alza tuuuuuuuuu....tolonglaaaa lepaskan loan bank tanpa garrantor. Ape guna kerja kerajaan??


p/s
Mak dah warning, kepoh2 lagi..lorat2 lagi..menggelitis lagi
kan skang ada masalah..
baik mak tak mau kepoh2 dah,kepoh dalam blog jek ekk
tolong aa doakan tuk aku kengkawan...sian mak jemah ni


No comments: