Thursday, June 28, 2012

Lain Orang Lain Cara

Aku tak ada anak, so bila aku tengok cara orang mendidik anak memasing ada yang ok ada yang tidak pada pandangan mata aku lah kan. Anak sendiri yang kau beranakkan sampai putus urat kau, for sure sedihlah rite kalau anak-anak nakal A'uzubillah. Aku cakap aku jugak ni pasal nakal, degil tak padan dengan perempuan.Birat-birat badan kena rotan tu biaselah beb!Kata nakal, haruslah terima habuan ye dak?Tapi takpalah tu anak kandung sendiri..yang meneran beranak pun mak aku, yang bagi makan pun abah aku.Memang wajiblah bhai mak abah aku ada hak atas aku.Terima kasih banyak2 didikan mak dan abah aku ni, dah besar aku jadik manusia, jadik orang yang disiplin.
Kalau anak tu bukan anak kandung kau dan bukan jugak kau bela dari budak tu masih merah ditambah pulak budak tu ada atuk dengan nenek dia. Kau sanggup rotan macam nak mati budak tu menahan sakit?Hari-hari aku nampak perkara ni sampaikan aku naik menyampah.Merotan budak macam kesalahan dia teruk sangat2.Lama-lama mental budak tu tahu? Senang cakaplah ada sorang budak ni mak bapak dia ntah ke mana ntah so tinggal dengan atuk dan nenek dia. Budak ni ada mak angkat kat sekolah ni, asal salah aje rotan budak teruk-teruk even tapak tangan pun sekuat-kuat kau hayunkan tak berbirat tangan budak tu?Sampaikan aku dengar budak ni cakap buat kerja sekolah pun kene rotan,tak buat pun kene rotan baik takpayah buat.Seee??apa akibatnya?Hari-hari kena rotan budak ni. Semalam sekolah cuti peristiwa, so merdekalah aku kat sek pasal cuti.Hoyayyy..Naik pejabat aku tengok budak ni ada ..allah,kesian kau!Cuti-cuti pun kena datang.Dahlah cuti sekolah yang 2 minggu tu langsung tak bercuti budak ni.Hari-hari ke sekolah.Penderaan mental betul. Aku tengok dia kena buat 100 ayat "saya akan buat pembetulan".Oohh ok2, aku pun buatler keje aku macam biase.
 Hari ni petang, tetiba budak ni naik atas menangis2 pastu mak angkat dia punyelah hayun rotan 7 kali kau!Mak aiii,sakit wei..aku yang terasa.Rasa macam nak halang jek budak tu..Lepas mak angkat turun.Jap tadi aku tanya dia (pasal mak angkat dia tak mahu bawak balik, tinggalkan kat sekolah dengan aku) apesal kena rotan teruk-teruk macam ni? Korang tau ape sebab?
Sebab tak cukup tulis denda "saya akan buat pembetulan"

Korang rasa berbaloi ke dak kene rotan macam nak mati hanya sebab tak cukup 100 perkataan denda??

p/s
Tak kisahlah kau agama apa pun,bangsa apa pun..mengajar anak-anak kenalah pada cara jangan sampai anak kau mental...Macam ni baik aku bela kucing 3 ekor kat umah tu.Kucing pun tahu sayang tuan..

No comments: