Tuesday, June 5, 2012

Kalau Abah Masih Ada...

Hari ini adalah hari ulang tahun abah yang ke-60 tahun.Sekejap aja dah nak masuk 2 tahun abah pergi tinggalkan  kami sekeluarga, bukan saja keluarga malah seluruh keluarga sebelah mak sebenarnya. Dan aku tahu hanya segelintir aja keluarga sebelah abah yang teringatkan abah, yang selalu sedekahkan al fatihah untuk abah..tak perlu aku sebut siapa dia, dia selalu baca blog aku dan dia juga paling perihatin dengan keluarga aku di sini walaupun dia tinggal jauh..ah!rindunya dengan mereka ni semua..Moga hajat aku nak bercuti ke sana dipermudahkan..Masing-masing teringat segala kata nasihat abah, tunjuk ajar abah dan opkossss marah abah..Tapi itulah abah aku sebenarnya yang tegas, yang berterus terang, yang menegur..abahhh..rindunyaaa along kat abah...rindu sangat-sangat..rindu nak peluk abah...rindu..rindu...rindu...Aku jarang cakap dengan abah yang aku sayang dia, rindu dia..kurang komunikasi aku dengan abah melainkan kalau aku kursus, bile telefon cakap sayang cakap rindu...kenapalah aku tak selalu cakap sayang abah,rindu abah masa dia masih ada?jadik aku nak nasihatkan pada kawan dan sesape baca blog aku ni selalu-selalulah bagitau rindu dan sayang pada mak dan abah korang ye..jadik macam aku ni,abah dah takda satu sen pun tak guna..
Hadiah terakhir untuk arwah abah, sehelai kemeja-T crocodile warna hijau lembut untuk abah..hadiah dari aku dan adik untuk abah...baju tu masih ada lagi, aku tak bagi mak sedekah pada sesiapa sebab itu baju terakhir aku belikan abah...
along sayang abah sangat2..sangat2 abah..rindu sangat2..rindu nak dengar abah marah along,rindu dengan jelingan tajam abah pada along..air mata dan kain pelekat abah yang buat teman along tidur bile rindukan abah...
20 tahun dulu

6 tahun lepas

gambar aku berdua dengan abah bila dah dewasa hanya 2-3keping..terkilan yang amat..

Hanya alfatihah,surah yassin dan doa untuk abah di sana


No comments: