Tuesday, June 26, 2012

Finally The Answer Is Here

Syukur alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ku pada allah kerana makbulkan doaku mempermudahkan segala urusan ku..alhamdulillah ya allah. Engkau tidak melupakan aku ini yang kadangkala alpa menunaikan tanggungjawabku. Berapa banyak kali aku mengucapkan kesyukuran ini dari perjalanan mengambil report ke rumah, sentiasa di bibirku mengucapkan alhamdulillah. Orang pertama yang aku call, mak aku. Mak, along tahu mak sentiasa doakan kesejahteraan dan kebaikan dalam hidup along kan mak? Agak sedih sedikit sebab tak dapat share dengan abah..al fatihah untuk abah..

Alhamdulillah, dalam tempoh 3 tahun aku bekerja ini 2 laporan audit aku dapat "baik", cuma pada tahun 2010 kurang bernasib baik dengan mendapat memuaskan.Syukur alhamdulillah lagi sekali. Sebenarnya, aku tak menyangka akan dapat audit baik memandangkan aku agak kecewa dengan result tahun 2010 yang pada aku tidak sepatutnya di masukkan ke dalam laporan. Sapa kate tak sedih?demi allah aku sedih sebab teguran dalam laporan tu bagi aku tidak releven dengan keadaan sekarang dan kalau tengok buku keramat yang warna purple tu takde pun salah buka cek bawah rm100?Tapi takpelah, aku pasrah kat situ dan sejak itulah semua bayaran aku tak buka cek bawah rm100 melainkan bayar yuran takaful.

Banyak liku,banyak pendam rasa, banyak merajuk hati dan kadang-kadang putus asa bila cakap2 belakang yang tak percaya kredibiliti aku sebagai JU (banyak dari orang yang bekerja lama, senang cakap otai-otai), tu sebab aku tekad dalam hati kerja kewangan aku kene ok, kene perfect sebab orang tak percaya aku boleh dilantik sebagai JU..kawan2 rapat aku, aini, ewa dan nurul banyak bagi semangat kat aku..aku sayang korang ketat2. Banyak dengar akak bebel2 dengan korang kan?Terpaksa tadah telinga layan akak. Korang tak tahu sbenarnya keadaan akak masa tahun-tahun pertama sebagai JU, menangis tak usah cakaplah. Nak rasakan diri ni masuk dalam kalangan orang-orang lama tu. Skarang akak dah kuat semangat, akak dah yakin pada diri sendiri lepas 3 tahun bekerja ni..

alhamdulillah..

p/s:-
aku takde anak dan mungkin tidak dikurniakan anak.Kalau aku dah mati,aku takda anak nak mendokan aku DISANA, aku takda anak nak sedekahkan PAHALA pada aku DISANA. Hanya yang ada ilmu sedikit ku berikan pada kawan2 sekerja yang berpanjangan pada orang lain nanti, dapatlah secebis PAHALA untuk ku nanti DISANA..

No comments: