Friday, May 18, 2012

Saturday Night Fever

Ngko hado?Insan terpilih tahun 2012 ni diberi demam yang sangat teruk aku rasa. Lembik lah selembik-lembiknya. Demam selsema katanya, tapi takdak hingus meleleh-leleh pun malahan hidung besar aku ni tak pulak rasa tersumbat. Cuma nak bernafas tu pendek-pendek jek.Oh my. Mulanya mak aku yang demam mula hari isnin 7hb aritu, mak g checkup macam biasalah rutin dia tetiap 3bulan. Balik dari hospital tu lah yang mak demam. Puas dah suruh pegi klinik,eh!tak mahu gak dia.Mak..mak..mak..keras hati betul. Sampaikan hari jumaat baru dia nak pergi itupun lepas aku tinggi suara,cakap kasar dengan mak.Alahai...berkoyan-koyan lagilahh dosa aku bertambah dengan mak ni. Memang aku marah dan tinggi suara sebab dalam rumah tu ada sorang yang langsung tak boleh kena demam, adik aku. Punyalah degil mak aku nak pegi klinik,sampaikan hari sabtu aku yang berjangkit demam dari mak. Sabtu malam adalah kemuncak demam aku 39.2C kau...Dangggg!!Bagi aku paling tinggi aku demam seumur hidup aku. Memang lain benau rasanya, abang panggil pun macam dengan tak dengar..mata kuyu jek..tak larat nak buat apa-apa pun.Sebab tu aku tak dapat nak ambil gambar termometer yang ambil suhu tu.Emm..takpe2.
Lepas pegi klinik Raj, satu perkara aku dapat tahu..kalau korang semua kena demam selsema. Nak camkan macam mana tu ita demam selsema?Meh sini aku nak bagitau..Kalau kau rasa demam badan-badan dan sendi-sendi kau lemah dan sakit-sakit tu maknya kau nak demam selsema dan jangan mandi!! Akibatnya sangatlaaaaaa teruk,suhu badan boleh naik mendadak hokey..Minum air barli, bukan air barli kordial tu tapi pior punye barli beli kat kedai seisei..emm..nanti aku uploadkan gambar barli tu.Ramai kompius kena mandi ke tidak kalau demam, ade yang cakap kena mandi untuk keluarkan haba panas dalam badan.Yes!betul tu tapi tengoklah hangpa demam apa?Demam panas atau demam manja-manja macam tu memanglah kena mandi bagi keluar haba badan tapi kalau demam selsema tolonglahh jangan..
Korang pernah demam badan berpeluh,sejuk-sejuk tapi check suhu badan tempeture 38.6C??Kalau pernah, tahniahlah..kalau belum?mintak jauhkan sebab aku dah merasa tambahan pulak aku jenis manusia cukup susah nak makan ubat, sebabkan demam ni aku kene makan 7 jenis ubat. 7 kau tahu?Owh mann..

Suhu tak menentu turun naik turun naik..apakah?Bila suhu dah tak betul,mood pun swing-swing. Kenapa makan ubat makin panas?Salah makan ubat ke?Nak lepaskan tak selesa tu menangis ler ape lagi.Masa ni jugaklah teringat sangat-sangat arwah abah.Mengogoi menangis mendayu-dayu padahlah buruk muka yang dah memang sedia huduh ni ha..Dengan siap duduk melunjur terkangkang menangis-nangis "abah....abah...abah...along demam..sakit sangat bah..sini sakit kepala sakit kaki sakit..abahhhh..abah...abah ada abah tau nak buat apakan?lan pun tak tau nak buat apa-apa abah...abahhhhhh.Susahnya abah takda bah..mak demam, along demam adik pun sakit bah..Abahhhhhh!!Nak abah...nak abah"..aku macam ni sampai tertido..sedar-sedar badan dah berbalut dengan kain pelekat abah.
turun sikit..

 naik balik...

ubat yang habis makan semua..ekceleennn kau ita..
Demam rindukah aku pada abah?A'aa..tersangat-sangat rindu. Kadang-kadang air mata meleleh tetiba bila ingat abah..ish,dah 2tahun abah pergi tapi macam rasa semalam abah pergi.Macam tak redha kan?tapi redha.Aku jadik macam ni aku tahu sebab apa,aku tak cukup rasa kasih abah.belum cukup...hanya 5 tahun aku duduk dengan abah dalam erti kata sebenarnya 1 rumah dengan abah hari-hari.Dari dalam perut mak aku abah kat kem sampai umur aku 12 tahun.Abah pencen aku umur 13tahun (this time baru stay macam family orang lain),17tahun aku  masuk uitm sampai umur 21tahun..duduk dengan family sampai 23 tahun dan pindah rumah sendiri..
Ahhhh..bertapa rasa terkilannya akuuuuuu.Kalaulah kita tahu bila masanya mati kita,bilakah masanya mati orang yang tersayang alangkah bagusnya..tapi siapa kita melawan kehendakNYA..

Along rindu sangat-sangat kat abah.....sangat-sangat abah...abah tau tak?

No comments: