Tuesday, May 22, 2012

Parking Kereta



Aku kalau drive kete, mengalahkan formula one punye kete (dalam kampung jek). Zupp sana zupp sini..bak kata mak aku, gear 2 ko dah sampai simpang jasin.Wushhh, membohong jek mak aku ni. Dengan kereta turbo abah aku tu mane leh gear 2 sampai sempang..ehem...mau tercabut bumbung kereta. 
Ada jugak yang prihatin (prihatinlah sesangat derrr),tukang report kat husband aku.."lan, ita bawa kete laju, kemain memotong lagi dia.Dalam kampung pun laju!". Bila husband cakap dengan aku, aku diam ajerlerkan paling koman pun aku sengih-sengih..abistu?Nak melawan?Tak cium bau syurga aku..sipi-sipi pun tak dapat tahu?Tapi dalam hati, menyumpah orang yang kaki report tu..wadepak..Yerlah..yerlah..aku ajelah dalam kampung tu bawak kete laju, bawak kete macam pelesit kan?Ko bawak slow jek kan?Tu pasal kete ko terbalik dalam longkang depan kedai Lei Seng tu pasal ko bawak slow sangat kancil kau tu kene potong dengan lori kete ko bergoyang kan?Takpe..takpe..aku faham..ko sentap bila kete turbo abah aku potong kete ko kan?Lain kali aku nampak kete ko, aku kasik ko depan jek.aku tak potong ko punyerlah..aku janji..hahahaha..Padahal ko bawak kete lagi macam pelesit,tapi bile bercakap ngalahkan malaikat.puiiii..
Melalut dah aku..kenapalah aku kalau tulis blog ni mesti selalu ke lain jek..cacarmarbar nak cerita tu nak cerita ni, last-last lari tajuk..hahahaha..ya ampunnn.
Ok2,macam ni...aku ni ada tabiat kalau parking tayar kereta tak pernah nak lurus. Dah kene tegur dengan husband, abah, mak dan adik baru nak betulkan. Keras aje tangan tu nak meluruskan tayar kereta. Sebenarnya aku tahu jugak,tayar kereta kalau tak lurus parking kedudukan tayar tu akan memberi tekanan pada stering dan juga akan membuatkan jangka hayat tayar tak lama dan berikan tekanan pada stereng kete.Owh man...semua itu duit tahu?Cewah!bebelkan diri sendiri.
Maka keadaan ni selalu lah berlaku bila-bila masa aku bawak kereta dan parking.Huehuehue..nak buatlah macam mana,dah memang tabiat.Hendak-hendak lagi bawak kete manual, lagilah tak tertarik stereng kereta tu nak betulkan..hahahaha.
Jadinyer tiap kali parking tiap kali lah kene bebel....dang!!



**..pinjam cik google..credit to them

**..pinjam cik google..credit to them

No comments: