Friday, April 20, 2012

Valve Surgery..


Ikutkan tarikh masuk ward 10.04.2012, tup tup adik dapat call dari IJN kena pergi 09.04.2012. So aku yang baru balik dari kursus 04.04.2012 pun kata okler,dah tarikh macam tu..Masuk sekolah esoknya bagitau bos yang aku mula cuti 09.04.2012 sampai  16.04.2012. Bila datang09.04.2012 tu pulak,dah bahagian pendaftaran bagitau data dalam IJN sistem tu masuk wad 10hb,aikkk..ape cer lak ni kan?kita datang bukan dekat-dekat.Melaka tu kira jauh lah jugak. Nak balik Melaka,mak tak sanggup nak. Atas cadangan bangcik, kiteorg pergi umah alang kat Selayang. 1 malam tidur, pagi-pagi dah pergi balik IJN,siap-siap pendaftaran, masuk wadnye jam 2.00ptg. Bukan juga jam 2.00ptg,kul 3.30ptg baru naik wad atas katil..gilosss..bapak lambat.
Dr datang check semua.ehem...Dr hensem tu...huehuehue..actually aku sebenarnya kalau tengok orang lelaki muka hensem pun aku takde bende pun, tengok jek ler kan.Tapi Dr.Anuar ni muka dia bersih jek,tengok sejuk jek hati..baru grade dari Dublin..ntah2 se geng dengan husband Chika kot?2 orang sbenarnya Dr yang ambik case adik ni,Dr Pau lagi sorang pun baik..Lepas check2 semua,kene buat echo pulak..adik dengar orang yang buat echo tu kata injap adik lubang besar sangat.
Aku tengah tunggu adik buat Echo.Dia dah masuk bilik pintu coklat tu..

Lepas tu naik wad balik,Dr check gigi tengok ada lubang. So kene cabut dulu gigi tu sebelum operation sebabnya kuman gigi yang rosak tu akan pergi ke jantung. Ha, yang ni mmg nak marah adiklah kan..dari dulu suruh cabut gigi tu dia taknak sebab kena makan ubat antibiotik 10 biji. Sudahlah Rabu 11hb tu cuti umum. Nurse situ pun kelamkabut call carik klinik yang bukak hari cuti am,semua tak bukak.Last2 abang sepupu aku jugak yang dapat carikkan.

Makan malam,muka ceria jek...almaklum belum cabut gigi n belum pun operation

Sepanjang aku kat IJN, aku stay dalam dorm yang disediakan dengan bayaran rm30.00 1 hari. Aku share dengan mak 1 katil sebab mak stay dengan adik. So pagi-pagi aku akan pergi kat mak dengan adik bawak sarapan untuk mak. Lepas mak makan, mak balik bilik untuk mandi dengan tidur kejap. Aku lak stay sampai mak solat zohor dan asar. Tempat yang selesa sebenarnya, mula-mula bila aku tahu ada dorm kan aku ingatkan dorm macam sekolah katil double dacker yang besi tu..hehehehe..Pak Guard situ pun dah kenal dengan aku dan tengah-tengah malam aku nak masuk pun takde masalah.Muka VIP..wehuuu..Kita pun kenelah pandai bawak diri kat tempat orang kan?Kadang-kadang aku beli jugak kuih tuk beli hati dia..arwah abah aku pesan,baik dengan semua orang jangan kira kerja ape..

Pagi-pagi Rabu aku dah bawak adik aku g klinik gigi tuk cabut gigi, so far oklah Dr tu orang melaka. Dia buat pun dengan lembut.Tapi tunggu memang lama pasal adik makan ubat antibiotik kan..Bila balik tu ok, darah dah stop.Bila kawan-kawan datang tengok dia lupa diri kejap,ketawa besar-besar.Sekali tu terlanggar bekas cabut gigi berdarah balik sampai pagi khamis yang adik nak operate tu...hati risau wei..dia pun malam tu dah makan ubat penenang so mana tahu mende kan..mak lah yang tak tidur betulkan dia.

mamai makan ubat penenang...sampaikan darah membuak keluar dari gigi dia pun tak sedar
Masa ni adik dah standby naik strecher tuk bawak ke wad pembedahan...sempat lagi dia senyum-senyum dan nak ambik gambau. Kalau aku maybe dah menangis kot..dia memang kuat semangat. Kira-kira jam 8.45pg adik aku di bawak masuk dalam tempat pembedahan. Adik bagitau,dalam tu ada 6 orang yang akan dibedah.Adik sorang aja perempuan dan dia juga yang pertama akan dibedah. Aku tanya jugak dia,mase bila dia tak sedar tu. Dia cakap masa ade satu scoop dia kena pakai dan tarik nafas lepas tu dia tak ingat apa-apa dah..dia cakap juga nampak bilik pembedahan tu macam mana.Masa tu dah mula takut juga tapi dia cuba kuat semangat.
Ok, kisah aku dengan mak pulak..kiteorg ada menunggu di bilik menunggu yang disediakan, mula-mula ada jugalah gelak-gelak,bile tengok jam dah jam 1.00pm orang tak panggil-panggil kami lagi masuk dalam ICU masing-masing hati dah cuak sebab Dr cakap operation dalam 3-4jam.Dr bagitau injap adik rosak teruk, kalau boleh baiki dia akan baiki kalau tidak dia akan tukar injap tissue macam yang adik minta.Dalam 2.50ptg baru nama kami dipanggil, luluh rasa hati tengok keadaan dia dalam ICU. Muka bengkak, ada air mata keluar dan kami dapat tahu dari Dr pembedahan ini yang paling lama dia buat dan pembedahan ini berjaya cuma masa operation dijalankan adik lemah sangat-sangat,nadi dia perlahan dan dia alami pendarahan sedikit masa pembedahan. Aku dengan mak rasa nak tumbang dengar macam tu, aku keluar dan cepat-cepat call abang sepupu aku bangcik yang ada kat tempat kerja kampung baru..Terima kasih banyak-banyak pada bangcik yang hari-hari datang tengok perkembangan adik. Walaupun aku takda abah, semua sepupu sebelah mak aku sangat-sangat ambil berat. Terus terang aku cakap,aku kecil hati dengan saudara sebelah abah..ok takpe,aku tak mahu ceritakan kat sini,cukuplah abang sepupu aku yang paling aku sayang sebelah abah dah tahu perkara ni..
Adik memang alami masalah masa operation,tapi dia recover sangat bagus..cukup 24jam adik ditransfer ke wad biasa walaupun keadaan dia belum pulih sangat. Muka masih bengkak,cakap pun tak boleh makan pun taknak..makan muntah...makan muntah..Hati mana tak risau tengok keadaan adik waktu ni,Dr Anuar pun bimbang tengok adik kurang respon bila dia cakap.







2 comments:

Afraliza Yusof said...

uisssshhH! seriaunye tengok tmpt kena jahit tu..adik, get well soon ye...

ietah said...

thanks dik...
nanti akak sampaikan pada adik akak..
thanks jenguk blog akak..