Saturday, March 17, 2012

Zaman Kecik-Kecik

Hi blogger,hi kengkawan,hi yang skodeng2. Aku tau tu,tau yang dah lama tak update citer baru, bebel-bebel,marah-marah dalam blog. Aku budget sebok bulan ni, sebok nak menyiapkan audit..hahahaha..alasan.Biasalah manusia, hari-hari nak bagi alasan. Itu kalau takda alasan, bukan manusia namanya tenuk barangkali. Ntah tetiba malam ni teringat lak time-time kecik dulu punye permainan. Seriously, rindulah pulak time-time kecik main game kampung ni. Budak-budak sekarang, kecik-kecik mengadap komputer. Main game komputer, mana tak rabun mata tu kecik-kecik dah pakai cermin mata. Toksahlah nak marah aku slumber jek tulis macam ni, realiti kan?Ce tengok sekeliling, tengok budak-budak dengan gadget memasing kat tangan. Dengan PSP lah, dengan ipad lah,tab lah.Banggalah kan korang anak-anak kecik-kecik dah biasa dengan gadget ni semua. Ikut perkembangan semasa lah tu. Tapi sedar tak korang mendedahkan anak-anak korang dengan budaya tak campur orang?Sedara datang rumah pun,anak kau terperuk dalam bilik hadap game bagai?
Korang pasti cakap "alaaaaa ta,ko belum ada anak ko ape tau.Pandai cakap jek,cuba dah ada anak nanti tahulah kau"..Meh sinilah aku nak kabaukan, kalau aku ada anak ekk?Sure aku bagi anak aku main benda alah ni semua tapi takdalah mengadap sepanjang masa sampaikan sedara datang umah pun anak terperuk dalam bilik hadap game..tahulah aku buat apa nanti kalau anak aku dok dalam bilik jek sedara datang umah...birat badan kau aku kejekan nanti wahai anak...teringat abah aku dulu,time pak itam datang umah aku duduk dalam bilik tak keluar-keluar.Siaplah kauuuuu,.pak itam balik,birat badan kene rotan...ingat sampai mati aku der!
Ha kan..aku ni kalau dah membebel,meraban-raban tak stop..nak cerita lain, lain ceritanya.
Time kecik-kecik dulu aku selalu main galah panjang, selipar tiga, rounders(guna bola sepak), nyorok-nyorok,lompat tali getah ngan jentik tutup botol air tu...fuhhh best kau teringat time kecik-kecik,siap ade geng hulu dan geng hilir.Lepas sekolah agama, masing-masing salin baju jumpa kat port main game ni la..Mesti ade cakap..euwwwww ita,kampung sungguh kau...ha Ya!aku anak kampung sejati, bendang mana aku tak masuk timba ikan?mancing ikan,berkubang macam kerbau kat sawah..really....rinduuuuulaaaaaaa time kecik-kecik..hubungan pun rapat dengan kawan-kawan kampung. Biaselah tu kalau gaduh skit-skit, adatlah kan budak-budak namanya.
Meh sini aku nak citer pasal game kecik-kecik aku main

Galah Panjang
**pinjam gambo cik google*
Dulu selalunya nak rehat cepat sebab nak booking jalan ke padang sekolah tu tuk main galah panjang ni. Sape berani ambik tempat kiteorg dulu,otai tahun 6K...hahahaha..bila kat sekolah agama pun kiteorg cop tempat main, semua tengok jek xleh main...huahuahua...otai dak ita..tapi game ni main masa kat sekolah jek sbb kat laman rumah xleh main, sbb takdak tiang2 buat mengukur galah panjang..

Selipar 3

*pinjam gambo cik google* 
ha ni 1 lagi game, tapi ni main petang-petang kat umah, pasal dia xperlu space yang besau bebenau..tak perlu pacak tiang bagai. Dulu-dulu pakai selipar jepun yang warna warni tu yang ringan. yang berat buat baling..ha ni siaplah,kene balik dengan selipar jepun, birat badan kau..dapat pulak geng engkau lombab semacam nak cantumkan balik selipar tu..lari cungap-cungaplah dari kene balik selipar dengan geng lawan..huhuhu


lain-lain malas lak aku nak menggoogle..rasa nak tengok,gi lah carik ekk...huehuehue

ok daaaa

No comments: