Wednesday, March 21, 2012

Jangan Nak Wordless Sangat...

Ye aku tau ari ari rabu,biaser orang buat wordless wednesday ye dak? Dah lama tak berblog lah, sebulan tu. Akhir-akhir ni entry aku lebih kenang zaman kanak-kanak dulu. Bukan zaman sekolah menengah, tapi sekolah rendah. Bila ingat-ingat balik, aku ni nakal gak zaman budak-budak dulu, nasib baiklah jadik orang bile dah besau ni ha...ponteng sekolah agama banyak kali..hahahaha gara-gara cerita Moero Attack, Polis Angksa Gaban dengan Satria Baja Hitam.Ye betul!aku selalu monteng sekolah agama, hari khamis jek monteng..asal monteng jek hari khamis.Alhamdulillah jugak..berkat doa mak dengan abah,aku lulus jugaklah peperiksaan sekolah agama SSRA kot time tu...dapat jugaklah A dalam tulisan jawi. Lain-lain C dengan B.Silap aku jugaklah tak serius masa sekolah agama.Ish, nyesal pun tara gua punya. Sekarang sudah umur 32++ ..
Tak silap aku cerita Moero Attack ni pukul 4.00 petang, sekolah agama mula 3.30 petang,mana nak pegi sekolah agama?Mula lah alasan tak masuk akal aku buat, sakit perutlah..demam lah,tak sihatlah.berak-beraklah.Dulu-dulu bukannya ada ulang banyak kali macam Astro sampai orang bosan cerita yang sama jek..prffffff...takde ulangan hokey!Mulalah buat drama macam-macam..ha ye!tak silap aku cerita ni setiap hari khamis. Masa ni pulak,semua gila nak main bola tampar..konon2 boleh terbang summersault berpusing kau.hahahaha.lawak jek teringat masa kecik-kecik..Masa ni pun ada iklan ubat batuk cap ibu dengan anak,asal iklan jek mesti ayat otai tu keluar "kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batokkk".kan?kan?..hahahaha..dengan iklan guna wayang pacak lagi.

Aku rasa pelakon yang jadik cun ni pun dah pangkat makcik-makcik dah skarang ni kan?Bayangkanler cerita ni masa aku darjah 6 macam tu,tahun 1989 tu tau..dah sah-sah lah kan makcik cun ni umur dia dalam 18-25 macam tu..tak ke sekarang dia dah macam mak aku?Aku dulu-dulu pun ikat rambut macam dia,siap boleh buat tonggeng terbalik tegak kaki atas kepale bawah lagi..Skarang buat kalu?Tak patah tulang leher kau ita?hukhukhuk.

Eh,belum abis lagi cerita ni sambung pulak Polis Angkasa Gaban kul 4.30ptg, menyambung-nyambung kau..macam manalah aku tak monteng sekolah kan?Alasan baikkkk punya..tapi cerita ni aku tak berapa ingat sangat sebab polis tu tak hensem kot.hahahaha..tapi layan cerita ni jugak, best.Yang aku ingat sikit-sikit dia polis angkasa lepas yang lawan raksasa serang bumi.Bumi?aku rasa lebih Jepun kot..."gaban zek potong dua"..lebih kuranglah aku ingat skit-skit jek..

Yang perempuan ni backup polis angkasa gaban

Pasal cerita ni setengah jam setengah jam...haruslah manafaat kan masa monteng sekolah tu kan?huehuehuehue..Selesai yang ni 2.part last cerita ksatria baja hitam..wah!yang ni aku memang tunggulah pasal mamat yang berlakon ni hensem..amboi dak ita, darjah 6 dah pandai minat-minat orang hensem..hahahaha...ntahler ekk..aku suke nengok lelaki gigi jongang kot...huahuahua..tapi bukanler macam mr.os tu derrr..Tony Jaa pun ala2 jongang gak...eh!laki aku pun jongang gigi rabbit...hahah..comey giler..bile excident dulu tak patah pulak gigi dia yang 2 batang tu..banyak makan kalsium ni..hohohohoh...



Tetsuo Kurata...Hero Ksatria Baja Hitam...huhuhu




sinopsis dalam bahasa melayu tak jumpa lak dalam bahasa melayu,tapi sure korang tahukan cerita ni? 
Skarang ni aku dok download cerita Moero Attack...huhuhu

No comments: