Friday, February 24, 2012

Sindrom Anak Sulung

Terpanggil?terpujuk?terasa?ter tak sengaja?akhirnya tertulis jugak entry ni. Selalu korang dengar sindrom anak tengah kan?Ingat tak ada ke sindrom anak sulung?cuma korang tak permah nampak,korang tak pernah nak rasa apa yang diaorang rasa. Anak sulung biasanya akan terpinggir akhirnya. Jangan ingat diaorang tak ada hati dan perasaan.
Orang kata anak sulung mesti hebat,mesti kuat,mesti dasyat,mesti gagah, mesti jadik contoh. Aku renung diri aku sendiri betul ke?Walaupun anak sulung biasanya perlu kuat perlu hebat dan perlu menjadi contoh..tahukan korang..anak sulung sebenarnya amat sensitif?Mengapa?Kenapa?Anak sulung ni kebanyakkannya..kebanyakkan key,bukan semua. Sila faham ayat aku ni..mereka sebenarnya sangat-sangat menyimpan perasaan. Sangat berhati-hati dalam menyampaikan isi hati kepada ibu bapa mereka, itu yang aku cuba padamkan dalam diri aku. Nak jadi sangat berterus terang dengan family.
Apalah yang aku mengarut ni kan?apa yang aku cuba nak sampaikan?Tak ada apa sebenarnya, saja nak menulis hasil pendam, hasil pemerhatian, hasil pembacaan.HAHAHAHA..Masa membesar, anak sulung selalu dipersalahkan kalau ada pergaduhan, walaupun kadang-kadang bukan kita pun yang nak bergaduh dan mulakan pergaduhan, kalau result tak berapa cantik, kene marah dan pernah satu tahap dapat merah dalam Geografi aku sorokkan report card tu bawah tilam dan sign sendiri sebab takut kene marah. Hasilnya,bila dapat result cun tunjuk pada abah report card mestiler dia perasan result dulu dia tak sign..apa lagi elok-elok tak kena marah terus kene marah tambah kena balun lagi tahu....Kenapa aku menipu?sebab takut tapi bila result adik ala kadar tak apa,aku?kene balun?gitu?Bila abah meninggal, semua tanggungjawab bagai jatuh atas kepala aku..pap!Kena take care family. Bukan mengungkit,bukan jugak minta balasan,memang tanggungjawab aku anak sulung.demi allah apa aku lakukan ikhlas tapi yang aku mohon hargai pengorbanan aku ni. Bila dah selesai semua,aku rasa terpinggir..ntah..susah aku nak terangkan.Bila terasa hati dengan adik beradik atau parent, selalunya aku suka simpan dalam hati dan diamkan diri, ada sampai merajuk rasa tak mahu balik rumah tapi teringat abah...so simpan dalam sudaaaaaaaaaaaaa.
Anak sulung selalu tak diendahkan perasaan dalam keluarga tak kisahlah adik beradik ramai ke tidak. Semua orang ingat dia kuat, jadi dia pun rasa dia kena berlakon jadi kuat depan orang. Anak sulung sentiasa fikir masa depan adik-adik, adik-adik tak peduli pun kat dia. Bila anak sulung protes,mengata anak sulung seolah-olah jahat..
Mentalke anak-anak sulung kelahiran 70-90 an?Tidak...mungkin generasi musim 70-80an ada banyak persamaan. Mungkin aja ya.
Anak sulung semua..pernahkah korang simpan rahsia emosi dan isi hati daripada pengetahuan ibubapa serta adik-beradik korang?Adakah korang pernah menangis sendirian bila perasaan itu dianggap tidak mustahak?
its normal derrr, dah nama pun kakak.abang sulung kan?dan kebanyakan anak sulung selalunya RELA berkorban..tak percaya???dan ada juga pengorbanan diapekkan..lantas ada yang sabar dan pasrah
ada merajuk bawa diri, ada yang diam membisu..jaga hati..korang anak sulung jenis mana?
Moral of The Story
Hargai kakak/abang Sulung 
Sementara Masih Ada
Kalau dah mati???tak guna dah...

No comments: