Tuesday, February 7, 2012

Orang suka?Orang tak suka?

Lama tak jengok blog aku ni ha,aritu tu sesaje tulis guna hp cik abang. Skang aku nak berblog yang agak rare sikit.Rare ke?rare ler jugak ni.Selama 25 tahun 7 bulan haku hidup ni,tolaklah umur setakat 7 tahun ke bawah tu,haperler tau sangat dengan umur macam tu. Orang kutuk kau senyum2 pun kau senyum balik kat diaorg pasal ko tak tau dia kutuk kau rite?Cecuba skang malaun2 tu kutuk kau depan2,in case benda tu kau tak buat.Berapi tak?Paham kan maksud aku?
Lama jugak aku tak membebel dalam blog aku ni, sejak 2 -3 menjak umur dah nak masuk 33 tahun ni, aku tak kuasa dah nak serang menyerang maki memaki orang yang buat taik dengan aku. Aku dah tak kuasa dah, buat naik darah aku jek..kan dah penyakit tu. Baik aku bebel-bebel kat blog aku ni ha,takda sapa tahu. Kalau korang terbaca, terasa..gasak ler..huahuahuahua.
Mak aku pun cakap aku ni complicated skit.Skit ke mak? Rasenye banyak.Banyak benda yang aku tak suka dari yang aku suka.Ramai jugak aku menyampah kat orang, senang cakap berbulu mata aku nengoknya.So aku pun tak kisah kalau korang tak suka aku sebab aku memang tak suka kau. Nak dengar suara kau pun naik menyampah, apantah lagi nengok muka kau.Aku kalau suka orang tu dan selesa mulut aku pot pet pot pet..kalau tahap menyampah tu dah ade 10%,secoit pun aku tak bercakap...nyampah tau?nyampah..heeee..berbulu lerrrrr..
Banyak benda yang aku tak suka dan boleh datang mood aku swing2..kalau dekat tempat keja,kau elok2 kemas meja,cpu ko tutup bagai dengan kain...meja kau lap kan pasal nak cuti 2hari ke 3hari ke 4hari..kerusi pun kau masuk elok2 dalam meja tu.Senang cakap,kau puas hatilah tgk meja kau tu..sekaliiiiiiii kau datang keje lepas cuti 3-4hari ko tengok meja kau dengan kesan sambal lah..air lah...cawan yg bukan kau punya pun ada kat situ...kain tutup cpu kau bersepah2...atas printer kau orang letak bapak punye kotak..korang rasa nak maki tak???nak maki tak??tu yang aku rasa bile bukak pintu tengok meja aku jadi macam tu.Macam aku bagitau tadi,aku dah tak kuasa nak mengamuk dah. Apa aku buat, aku diam dan sediam2nya tahan marah.Dalam hati memang menyumpah berbakul-bakul ler.Ni lah masalah kalau tak geti nak hormat harta orang. Bapak kau lahhh...

No comments: