Monday, February 20, 2012

Konvo Adik Kali Ke-2


Sabtu lepas 18.02.2011 adik aku konvo kali kedua.alhamdulillah lepas sudah konvo adik dan selesai sudahlah study dia di peringkat yang lebih atas.Adik aku masa sekolah dia diantara yang kurang menyerlah dari segi pembelajaran dalam kelas,maksud aku dari segi P&P dia agak lemah. Tapi alhamdulillah,setiap manusia dan hambaNYA rezeki masing-masing tiada siapa yang tahu. Jangan ingat orang masa di sekolah perangai macam nates tidak akan jadik manusia yang berguna, tidak akan menjadi manusia yang berkerjaya, manusia yang masa depan yang baik.Betul kata arwah abah aku,jangan menghina orang yang bodoh masa sekolah, jangan menghina orang yang jahat macam nates masa di sekolah, jangan menghina manusia yang berpakaian kotor dan skejap2 ponteng sekolah. Seingat aku,tidak pernah sekali pun aku menghina dan mengata bukan-bukan pada kawan-kawan aku yang tergolong dalam boleh dikatakan macam tak ada masa depan tetapi yang sedihnya, guru-guru yang menghina. Sekarang kawan-kawan aku yang dulu dikutuk-kutuk cikgu memasing kehidupan lebih baik dari cikgu itu sendiri. Ada yang jadi pegawai tentera, kerja cheff, kerja di luar negeri..Korang ada?
Melalut sudah aku tulis..hahahaha,biaselah dah lama tak menulis. Bila ada masa,tulis ler kan.Ok..ok..berbalik pada konvo adik aku. Ni memang kali kedua dia konvo sebab sbelum ni adik konvo kolej komuniti siap berjubah ok..bile konvo Aimi Academy siap jubah dgn topi..waaaaa kalah kau orang yang konvo diploma zaman-zaman aku pakai baju biase jek..**mak marah aku pasal tak gantung gambar konvo aku**..sorry mak,nanti along gantung yek gambo tu same2 dengan adik,.waitt aaaaa..
Konvo kali ni abah tak ada,perasaan sedih tak usah cakaplah. Aku bertiga sama adik ke konvo adik, yerlah kalau dengan husband aku kesian pulak dia duduk di luar (sebab pengalaman masa adik konvo kolej komuniti, dah macam PATI dah duk bersila ramai-ramai kat luar). Sekali konvo dari kul 9.00pagi sampai kul 11.00 pagi jek ok!Almaklum,student tak ramai hanya 200 orang aje..pergi dengan kereta adik,ofkoss adiklah yang drive dah kereta dia. balik tu singgah rumah kak idah.surpriseeeeee for her!tapi tak lama stay sana pasal kami bertiga aja, nak balik nanti bertiga jugak..nanti takut.
so kat sini sikit-sikit gambar konvo adik..yang lain-lain tengok kat FB aje bhai..




No comments: