Friday, January 13, 2012

Rehatlah Dengan Aman

Semalam kucing aku "tiger" dah mati,dah tak ada. Semalam juga masa aku balik rumah tengahari aku dah pelik sebab selalunya tiger mesti berbelit-belit dekat kaki aku sama momo.Panggil-panggil tiger tak ada,momo tak ada,chamster tak ada. Agak-agak maybe 3 ekor ni tidor dalam rumah kot sebab pagi tu nak masuk rumah aku keluarkan balik takut dia semak kan rumah.Sesungguhnya aku ralat sangat-sangat,kenapalah aku keluarkan tiger dengan momo ni dari rumah.Selalunya aku tak pernah buat macam tu.Apalah sangat dengan bunga yang dia kitai-kitaikan tu.Memang sejak 2 hari perangai tiger pelik, nakal kemain lagi.Tapi yang bagusnya,bila kita marah dia takkan buat benda yang macam tu lagi.Manusia pun tak macam tu.kan?Satu perkara yang mencuti hati perangai tiger ni,dia suka gonggong barang-barang guna mulut macam anjing.Semua benda dia masukkan bawah katil mak.Mentang-mentanglah share bilik dengan mak aku,mak tidur atas dia tidur hujung kaki mak.tidur pun macam orang.
Mak yang tanam tiger sebab aku tak sanggup tengok tiger, bagi aku biarlah kucing aku hilang dan mati tanpa kesan dari aku mengadap kucing aku mati depan aku.Hilang selera makan aku,hilang mood aku semalam,mak aku pun menangis.Pastilah menangis,sebab tiger tu macam cucu dia.Yang dua ekor tu mak marah-marah jek,tiger mak tak pernahlah marah.Mak ralat sebab sehari sebelum tiger mati, mak keluarkan dia dari rumah tidor kat luar.Mak cakap "mana-mana kucing yang aku sayang, semua tinggalkan aku.Tiger,tunggu aku kat syurga ekk".Mak cakap,belly sama caroc tunggu abah.
Ni nak balik rumah pun aku teringat-teringat tiger.Sudahlah 4bulan debot aku hilang dan mati tak tinggalkan kesan.Ini tiger pulak...dua-dua hilang hari khamis.
tigerrr dan momo tido 3 hari sebelum mati..
Tiger yang comel,nama tiger diberi adik aku aini...
Sangat terkilan kau mati dalam keadaan macam tu dan baru umur 8bulan.
Tiger mati hari khamis sebelum zohor 12/01/2012
Dalam rumah semua rindu tiger
Momo tak keluar-keluar dari bawah kerusi
Chamster tak makan-makan
sebab dah tak ada sapa nak jilat bulu momo,manja dengan momo
sebab tak ada lagi yang panggil adik beradik makan sama-sama,tapi tiger tak makan
Tiger,ko kucing yang baik...
Tak berak dalam rumah
Tak kencing dalam rumah

Cuma.....
Aku terkilan dengan sikap jiran aku yang macam haprak,laki dia pergi solat zohor,pegi solat asar nampak tiger terkejang tepi jalan tak bagitau kiteorg.Ye,dia binatang.tapi dia binatang bertuan.Kesian tiger terkejang keras tepi jalan.Bila ingat,aku sedih...sedih sangat....sungguh,hilang selera makan aku..
Mungkin kau bukan jiran yang baik, ke sebab kau dendam aku tak bagi kau kucing?Kau nak main ok,tapi ko tuankan kucing aku.aku yang bela dari kecik sampai besau..ko senang-senang hambik?boleh macam tu?
baiikkkk...kucing-kucing yang ada kecik lagi tu,sorry....aku nak bagi ke rumah sebelah..
aku zalim?dia lagi zalim....huh!
Ayat yang aku sentap,boleh dia cakp dengan mak aku "ko pergi balik pergi balik tak nampak ke kucing ko mati?"
bajettttttttt bagus lah lu!

No comments: