Sunday, January 8, 2012

Padan Muka

Family dan member rapat dah cukup paham dah dengan aku yang tak suka makan ubat,tak suka pegi klinik,tak suka pegi hospital senang cakap asalkan berkaitan ubat aku memang payahlah.Aku punya masalah period yang tak regular semula, benda ni berlaku selepas abah aku meninggal.Yup,maybe hormon aku tak stabil,stresss memanjang kot.berlanjutan sampai bulan 6 aritu baru period itupun makan ubat turun darah.Mak opkoslah membebel sebab aku kan muda lagi..remaja purba gitu.Dah perangai aku memang kurang menjaga kesihatan.lebih-lebih lagi aku tengah menguruskan hal urusan arwah abah.Buatnye aku kena admit wad ape cer?Delay-delay period sampai tahap hati tetiba nak pegi klinik Raj,haah tetiba.Bila pergi pulak time tu orang ramai,rupanya Dr Raj cuti hari sebelumnya.Husband cakap,xpayahlah tunggu gi keje jek.Aku cakap senang jek "kali ni kalau tak pergi,sampai bila-bila tak pergi".Berubah air muka laki aku,dia cakap dah2,tunggu.kalau lapau pun dia boleh beli nasi makan kat situ.hahahahahaha.
Tunggu hampir 1jam lebih,baru nama dipanggil.Masuk dalam,siaplah kene perli dengan Dr.Dr Raj ni senang cakap Dr personel dari dalam perut mak lagi.huehuehue.
Tak mau cerita panjang-panjang kan?Dipendekkan cerita,aku disuspect:-
  • Darah Tinggi (baru nak menjengok2)
  • Sudah ada tanda-tanda buah pinggang nak ada batu karang (kurang minum air masak kosong,Dr cakap bukan skarang tapi maybe dlm 5-10 tahun akan datang)
  • Hati aku dah memutih,kolestrol dah nak tutup hampir keseluruhan hati (banyak makan lemak2 ler ni,McD2,memacam yg berlemak)


Terkedu aku...lain nak check,lain yang dr check dulu.Lepas check2 atas,chekc rahim..yes,dah jumpa masalah aku period delay...
Dapat nasihat dr,makan ubat dan rutin makan aku dah berubah sejak 2 minggu yang lepas.sarapan dan makan malam totally berubah 100%

sekiannn

No comments: