Wednesday, December 7, 2011

Surat Untuk Adik

Semalam dapat tahu,aku ok lagi dan cool lagi.Senang cakap,macam tidak rasa apa2 seolah macam "oo..ok,xperlah tuk kebaikan dia,kene buat".But now,aku takut.Aku takut sangat-sangat,bila seorang diri di pejabat.Macam mana adik aku nanti?Selamat tak dari pembedahan?aku blur.Google punye google still tak jumpa ape dia masalah injap.Macam mana pembedahan tu nanti?
Aku memang garang dengan dia,agak kasar dan aku selalunya tidak tunjukkan sayang aku pada dia. Ntahlah,aku pun tak tahu kenapa macam ni.
Dik,
along takut sbenarnya bila tahu kau akan operation.Aku sayang ko, maybe ko nampak macam aku benci kau kan?Sebenarnya tidak.Aku control dan ambil tahu sebab aku tahu kau lurus dan kadang-kadang tidak fikir baik ke buruk ape yang kau buat.Ye,aku tahu aku pun bukan kakak yang sempurna pada kau.Selepas peristiwa itu,perasaan aku dah mati nak tahu kau berkawan dengan siapa,tiada perasaan keterujaan untuk mengetahui.Itu sikap aku sekarang,kau tidak percaya bukan?Itu kebenarannya.Otak aku kosong nak tahu hal peribadi hidup kau dik.Tapi kesihatan kau,kerja kau aku ambil tahu sebab aku dah janji dengan arwah abah.Perjanjian aku dengan abah,hanya aku dengan abah tahu.Kedua-dua selesai aku uruskan,baru aku perbetulkan kesihatan diri aku.Jangan kau bimbang, aku akan jaga kau sebaik mungkin..insyaallah.Aku sayang kau dan mak

No comments: