Thursday, December 29, 2011

Percutian Kami

Syukur alhamdulillah,percutian yang tertunda lebih dari 2thn akhirnya berjaya merialisasikan omongan2 tu.FYI,percutian ni boleh dikatakan tidaklah merancang sngat,on the spot bikin dari bulan 11.Singkat bukan?Mula2 ingat nak stay umah kazen kat sane,tapi disebabkan aku ada bawak lagi sorang member yang aku rasa pasti something akan rasa xbest itu wujud so aku staylah tune hotel danga bay.Insyaallah,aku akan datang lagi ke Singapore n stay umah kazen aku dalam 3-4hari..janji.Sorry sangat2,ikutkan perancangan blog ni nak update balik2 dari singapore..kire tgh fresh dari ladang lah kan.Aku tau ada yang refresh banyak kali blog aku ni untuk nantikan entry baru aku.ewah,budget blogger fofulorrr.Uik,adamakisah?Entry ni terperap dah seminggu,dan dah masuk betul-betul seminggu pun dari tarikh kiteorg pegi Singapore.Skali tengok hadik hakak ni dah update dolu..So aku pun tekad hari ini akan dihabiskan secara marathon dengan isi penting.hahahaha.

21hb Disember 2011
Kiteorang gerak dalam kul 9.00pagi macam tu,naik highway merlimau terus.Masyaallah jalan,lubang2 da.Alhamdulillah perjalanan tak hujan masa pergi dan sampai kira-kira jam 12 tghr terus g oddyess ticket untuk ambil ticket USS dan shuttle bas ticket.Ok,lega bab yang ini.Nak check in awal tak boleh,maklumlah buat kata kawan aku pun dah nama pun hote budget.Nak masuk awal kena charge rm15.00.Tunggu punya tunggu,lepak punya lepak dah nak jam 2.00ptg terus g check in lah.Kesilapan aku dah buat masa booking online aku tak click connection room.Frust ler jugak,tapi takpa diaorg bg pintu bilik sebelah-sebelah.Kiranya kalau tak keluar bilik pun,depa tangan dah boleh ketuk bilik diaorg.
Perancangan pada mulanya 22hb tu lepas pergi USS akku akan pergi rumah kazen aku kat sana dan malam abg sepupu aku hantar. Tapi aku serbasalah sebab ada kawan lg 2 orang.Yang kawan sekolah aku rasa tak ada masalah,dia ok jek. Yang lagi sorang tu memanjang jek takutnya.Pelik tul ler aku, pergi dangabay yang sekangkang kera pun boleh tak ingat jalan.ya ampunnnn.
Jadik lepas check in,pergi makan nasik.Aku dah ajak pun makan kat RnR Machap,yang tuan kereta taknak kata nak makan kat JB.Aku pun malas nak cakap banyak, tak kuasa.Last-last dia yang menggigil lapau nak makan dah jam 3.00ptg.Takpayahlah nak tunggu gigil2 g USS,DangaBay sudah..DANG!!So bilik dia ok,bersih walaupun sempit sedikit tapi selesa.









seboleh2 suh amek gambo..


bilik kiteorg
 Dalam lebih kurang kul 10malam abg sepupu aku datang ambil masuk Singapore.Sesungguhnya aku terpinga-pinga masuk Singapore sebab 15tahun tak masuk sana.Sekali sahaja dulu masa kak julie kahwin,so sekarang aku tekad dan azam aku akan selalu ke sana sebab di sana saudara mara aku. Agak terkilan sedikit sebab aku ke sana selepas arwah abah aku pergi menghadap ilahi,tapi lebih baik terlewat dari langsung tak pergi bukan?Actually,aku tak sedap hati menyusahkan abg sepupu aku datang ambil di JB dan hantar balik.Emm tapi biasalah abg sepupu aku ni perangai ada sikit macam abah.HAHAHA.Kata dia kena ikut,jangan ada alasan.
seronok sangat2 walaupun sekejap sampaikan ada yang jeles kitaorg datang sini
tapikan..adamakisah?huhuhu
 Marina Bay Sand..finally aku tengok sendiri dgn mata aku..aku mmg suka tgk building ni,aku kagum arkitek yang design..

Depan rumah abgran dan kakhasnah..dan anak2 dia.aduh aii,,maklong rindulah kat kamu..
Dalam jam 3.00pg aku dan adik dah sampai Tunehotel,tapi kiteorg tak boleh nak tido.HAHAHA.Bercerita-cerita sedar2 dah jam 6pg.Siap2 pergi USS pulak.

22hb Disember 2011
Dalam jam 8.30pg bas gerak ke Singapore,aik..cepat kau dah sampai kastam.Aku budget2 lambat skit.Maybe semalam aku ikut link lain kot,Ntah!lantak,asalkan sampai sudah.HAHAHA.Gambo2 aku banyak upload dalam FB dan first time aku upload gambo 140 keping.DANG!!.Katw bercuti kan?Gambo2 di bawah tak ada dalam album FB aku sebab dah tapis.HUEHUEHUE..xclusive ok sesape ade follow blog hakak.

Muka suci bersih sebab tak tahu lepas ni naik benda alah yang nak tercabut jantung..belo dak adik..memperdayakan hakak insan yang lemah.HAHAHA
chet..ko tipu along....
Ropenyer,aku terjebak dengan silap sendiri ajak mereka2 masuk.Aku pikirkan duk dalam train tengok mumia.Hamek kau!roller coster dalam gulap gulita.Aku pejam mata ajerlah,nak lari tak boleh.Yang paling sadis,kami semua lepas makan hokey..nasib tak terkeluar ayam golek.  HAHAHA

kepala keneneng...
kasut pun dah bukak sbelah...dak dikk,suke ko ekk snap pic aku.
kepala dah lumur minyak cap kapak..
sadis2..

Keluar dari USS jam 4.00 petang,pusing-pusing kat luar pulak..

ehem2..Singapore ade pokok kelape tau..sape mandai2 cakap xde?cili mulut nak?


2 comments:

Alieza Dayasari said...

waaaa seronok.. singapore ea...
good.....
duduk hotel TUne ea?

ietah said...

ha'aa ye2..stay tunehotel.lgpun senang,dekat bawahnye ade jual ticket uss dan shuttle bas skali..