Wednesday, November 2, 2011

Monolog

Kau jangan nak salahkan orang lain,kalau kau tak bahagia
Kau jangan nak salahkan orang lain,kalau hidup kau porak peranda
Kau jangan nak salahkan orang lain,kalau rezeki kau susah dalam kerja
Kau jangan nak salahkan orang lain,kalau banyak sangat masalah dalam hidup kau
Salahkan diri kau sendiri
muhasabahkan diri kau,fikir apa silap yang  kau buat dari menunding jari pada orang lain
Apa silap kau hingga allah menduga kau sebegini?
Apa kesilapan kau pada orang(keluarga) sampai setiap perlakuan kau di duga allah?
keluarga kau darah daging kau,menegur untuk kebaikan kau
khilafkan diri,muhasabahkan diri cari apa kesilapan kau
Mohon maaf pada yang sepatutnya sebelum kau terlambat

Aku juga bukan manusia/anak/isteri yang baik
cuma aku selalu muhasabah diri aku bila berlaku sesuatu musibah menimpa diri AKU
dan aku tahu,kesilapan itu dari aku sendiri dan aku tahu aku berdosa pada ibu walaupun tanpa niatku
aku mohon ampun dan maaf..maha suci allah,allah mendengar maafku..alhamdulillah
Benar kata orang,syurga bawah kaki ibu.




No comments: