Tuesday, October 25, 2011

Motor Abah Saya

Banyak kali nak update blog,lepas taip-taip "backspace" balik,berulang-ulang sampai waktu masuk draft lagi. Besoknya macam itulah lagi berulang perkara yang sama. Setiap kali masa drive, memacam nak update dalam blog yang akhirnya entry itu tumpas dalam draft sahaja. Maka entry yang akan muncul semestinyalah kisah lapuk ditelan zaman masa.
Ok,looks..sebenarnya tak tertaip entry kali ni sebab teringat arwah abah. Kisah lucu abah dan teringatkan abah dah tiada..al fatihah buat abah. Di rumah ada motor vespa yang aku kira umurnya 31 tahun, iya benar berlaka umurnya 31 tahun sebab seingat aku motor ni ada lepas aku dilahirkan dan skarang umur aku sudahpun 32 tahun. Banyak kenangan,susah senang dengan motor ni. Sekian lama dia di bawah garaj kereta,pada bulan lepas beliau telahpun di jual dengan harga rm800.00. Ada perkara lucu juga sbelum beliau dijual,masa abah masih ada lagi. Mak bagitau,ada seorang cina nak beli dengan harga rm1000.00 tapi abah tak mahu jual,dia nak jual rm1100.00 sebab kata abah rm1000.00 nak bagi mak,rm100.00 itu untuk dia macam komisyen jual motor..kelakarkan abah aku?Maka beliau tidak dijual...akhirnya dijual oleh emak dengan harga rm800.00.
Kesoronokkan,keghairahan.simpati orang dan timbul berlagak sikit bila abah ada motor vespa ni. HAHAHA,nak tahu kenapa?Seronok dan ghairah bila naik motor ni masa kecil-kecil berdiri kat depan,abah kepit aku dengan kaki di takut aku jatuh dan aku seolah-olah yang bawak motor tu.Muka terkena angin,seronok tak boleh nak cakap masa tu.Bila sampai tempat yang dituju,siaplah!habis rambut aku serabai..tapi seronok tak usah ceritalah.Ini masa berjalan dekat-dekat,kalau balik muar aku berdiri macam tu lembikler aku dol!Aku ingat lagi masa aku umur 3 tahun macam tu, aku naik motor vespa sama mak (masa ni adik aku pun tak wujud lagi) ke muar,tengah jalan kalau tak silap aku dah nak masuk Bukit Gambir.masyaallah hujan selebat-lebatnya.Abah,mak dan aku basah kuyup,menguatkan ingatan aku bila mak cakap aku dah naik biru menggigil-gigil..sejuk kau!Di sinilah Simpati orang pada kami,bas yang hon abah suruh berhenti,bukan abah yang sempat tahan bas.Bas yang terlebih dahulu bagi signal suruh abah berhenti dan suruh aku dengan mak naik bas.Orang dalam bas bagi kain batik lap aku sebab aku dah menggigil-gigil sejuk.Sekarang ni ada penumpang dan pemandu bas baik macam ni?Aku rasa tak ada,ikut kepala sendiri aderlah dan aku rasa dah kurang nilai-nilai murni pada manusia.Nak marah,marahlah.Aku cakap dari pemerhatian aku dol.Abah aku?abah redah hujan sampai jalan masuk Kampung Parit Bunga..Sayang abah aku.
Bila abah pencen,dan aku sekolah menengah.Rasa-rasa aku kat kampung ada 4 orang yang ade vespa. Berlagak sikit aku,bangga siot..ko ade?Sangat suka bila abah jemput aku dari sekolah,best sebab bila abah jemput aku dari sekolah maka cepat aku balik umah,cepat makan,cepat mandi,cepat solat dan cepatttttttt membuta..hahahaha.
Sesungguhnya motor itu sangat berjasa pada kami sekeluarga,jauh perjalanan motor tu.Genap setahun abah meninggal akhirnya motor itu pun dijual..

aku dan abah..hensem tak abah aku?

Aku menulis untuk ingatan aku di masa-masa akan datang tentang motor yang banyak jasa pada aku dan abah aku sesungguhnya..Motor ini jugalah sebagai tanda yang menunjukkan abah menantu yang disayangi atuk dan nenek sebelah mak aku..biar itu kusimpan di lubuk hati ku yang paling dalam..



MJ 5632..sayang awak banyak2..!banyak kali bawak aku kan?
sob..sob..sob..moga bahagia dengan tuan baru..
kalau dia jahat,awak mogok rosak tau!ok..tak baik aku ajar kau buat jahat..


bye..bye..

No comments: