Thursday, October 13, 2011

Dolu-Dolu

Tengah dok melayan email yang berderet-deret masuk,biasalah aku ada masuk group kat yahoo ni,kelakar-kelakar aku nak aaa,yang berjiwa-jiwa mintak ampun.Tak kuasa nak masuk group tu. Tengah dok skodeng-skodeng email,skali ada email yang buat aku terkenang beb. Ni kira masa aku sekolah rendah dan menengah pun serasa-rasa aku sampai tingkatan 2.

Yang ni aku main time sekolah rendah,kat sekolah agama.sanggup kau datang awal semata-mata nak main benda alah ni.
Main dengan budak lelaki pulak tu.

snap ni pulak main masa sekolah rendah dan tingkatan 1 -2.
Mata kene focus ye kawan-kawan,sebab nak snap.Kekadang boleh bikin terkejut..Skang ni bila tengok,boleh lak aku main game ni???hahaha

ingat lagi benda alah ni.
Rupa dia macam tahi lipas versi besar.
Lepas tu boleh pulak buat trompet.hahahaha




Sebenarnya banyak permainan zaman kanak-kanak dan awal remaja aku, seronok petang-petang main teng teng,Ronders guna sepak bola, main lompat tali getah yang dipintal-pintal.Beli kat kedai Le Seng kampung kelubi (hidup lagi cina ni,lama kau umur dia).Beli getah tu,rm1.00 dapat 100 getah.Mewah tak zaman-zaman dulu?Sampaikan ke sekolah pun aku main getah ni. Siap ade geng lagi,tapi geng aku tak pernah kalah ok.Kira Champiaon oooo kat sekolah dengan kampung.HAHAHAHA..kenangan-kenangan.
Tapi sekarang,dikirakan zaman anak-anak aku lah nanti kan. Takda dah main-main macam ni,berkawan dengan game dalam internet,game dalam facebook dan play station.
Rindunya aku zaman kanak-kanak. Tu belum lagi aku cerita kisah kecik-kecik berkubang di sawah tangkap ikan.Ada masa aku cerita,rase-rasenya tunggu jerlah entry akan datang ni.Coming soon bebey..


No comments: