Tuesday, August 23, 2011

Terkenang

Masa mak kemas-kemas almari stor,mak jumpa album aku yang dah lama,puas aku carik dulu.Syok wei tengok gambau2 lama.Gambau time sekolah,kudut giler.

selak page
selak page
selak page
selak page...
1 keping gambau yang buat aku terkedu,owh!kenangan mase buat drawing plan.Bersepah atas katil dengan segala benda untuk siapkan drawing.Papan drawing,T squre,technical pen.adjustable ape ntah dah lupe..huehuehuehue..Pada masa ni jugaklah,rambut aku yang tak pernah-pernah potong pendek macam lelaki aku dah buat. Semua gara-gara masa ni agak "mereng" sikit buat drawing.Almaklum,aku takde basic lukisan kejuruteraan.Zeroooo wei.Macam mane aku boleh amek kursus ni pun aku tak tahu.HAHAHAHA.Tapi aku percaya,usaha,tekun dan ada usaha nak majukan diri yes,insyaallah allah tolong asalkan kita jangan lupa DIA masa susah dan senang.
Sebak kejap,sebab aku tak practickan langsung ape yg aku belajar sampai 3tahun,tapi alhamdulillah dalam tak ada basic lukisan kejuruteraan aku lulus jugaklah walaupun tidak sampai 3.00 pointer tapi tidaklah kurang dari 2.50. kadang-kadang mak dengan abah ada juga cakap,penat blajau long tapi tak dapat gunakan Diploma yang ada. Tak apa mak abah,rezeki along mungkin bukan dalam bidang yang along blajar.Aku pun ade misi aku,takkan aku nak lama2 kerja kat sekolah ni kan?So tunggu dan lihat..insyaallah,mudah-mudahan dipermudahkan allah dalam segala urusan aku...Amin..


2 comments:

Hanna a.k.a Pu3 salju said...

yg penting ko hepi ngan life ko skang kan ta..muahhh..

ietah said...

yup na...yang penting aku hepi dgn life aku skang..