Tuesday, August 16, 2011

Kenangan Puasa Masa Kecik2

Hikhikhik...malulah nak bgtau.Tapi tak bagitau pun,ntah2 korang pun same kot macam aku.kan?kan?kan?mengaku itu penting supaya rakan-rakan seperjuangan lain tidak merasa malu untuk mengakunya.Aku mula puasa,mula puasa ok.Serasa-rasanya tahun 1,tapi masa ni lubang-lubang banyak.Rasanya mak pun tak bertindak keras untuk aku puasa,maklumler budak tecit lagi.Bila pergi sekolah,tengok rakan-rakan seperjuangan yang tak berjuang pun puasa.Malulah aku wei,wah semangat ni nak puasa walaupun tak bangun sahur.Lawak lak rasanya bile ingat balik.Sebelum pegi sekolah,sarapan hokey kat rumah.Sesampai kat sekolah puasa,hahahahaha.apalah mazhab aku ikut masa ni "puasa yakyuk,balik sekolah bukak aisbox".Aku balik sekolah jalan kaki tau,agak jauh jugaklah dalam 1.5km macam tu tapi keadan aku yang ringan dulu tak rasa mende pun, cubalah sekarang ni..ya ampunnnn!!g baruh mak pun balik dah semput.Sekolah rendah kan balik kul 1.00ptg macam tu,berjalan ler aku dari sek balik ke rumah.Duit dalam bekas duit syilling (ingat lagi aku bekas syilling tu bentuk ikan warna biru,abah hadiah) ada 50 sen tak usik kau.Sampai rumah dari jauh dah nampak nenek tunggu kat tangga rumah tengah,masuk2 jek rumah melepek..nenek tanya,kenapa?aku cakap puasa.gelak besau nenek aku.Ni kisah aku puasa memain.Akan tetapi darjah 2 aku dah wajib puasa,tapi nakal wooo.balik rumah curi2 minum air dalam ais box dan sekarang ni bile aku cerita kat mak,mak aku cakap dia memang tau aku tak puasa sbb air dalam ais box kurang.Pergh!twpuk dahi aku ingatkan mahalah bodoh aku dulu.hahahaha.Ampun mak,tu masa darjah 2,darjah 3 dan seterusnya penuh mak.tak tipu dah...

No comments: