Monday, July 18, 2011

Terharu

Benarlah orang kata ye persahabatan yang dijaga,persahabatan yang ikhlas tak kira warna kulit dan bangsa. Terus terang aku katakan, persahabatan aku dengan bangsa asing telah lama aku tinggalkan sejak dari sekolah Menengah. Kemudian aku tidak bersahabat lagi dengan bangsa asing di dunia realiti.Kenapa ye?Aku pun terpikir gak skarang bila dah kerja dengan bangsa asing. Pada mulanya aku kekok bekerja dengan mereka. Yerlah,orang cina tau.Apa ko tak pikir ape penerimaan mereka semua?Agak kekok dan kadang-kadang menangis balik rumah pada mulanya bekerja. Lama kelamaan aku serasi dan tambah seronok.
Di tempat aku kerja 90% bangsa cina dan aku tak sangka aku boleh rapat dengan 4-5 orang. Aku bantu sorang ni buat assignment, tapi siyes aku tak mengharapkan balasan apa-apa sebabnya dan rahsianya aku suka buat assignment.Kelakarkan?hahahaha..Pagi tadi masuk pejabat,atas meja ada bungkusan. Rupanya tee bagi aku beg sebab aku siapkan assignment dia.Apakah?Terharu ada,serbasalah nak ambil pun ye..tee seboleh2 suruh ambil sbb dia ikhlas.Tapi aku marah dia,aku cakap aku lagi ikhlas buatkan assignment dia..
Nah...ni lah dia beg dia, bagi aku ia simple n cantik...aku suka..korang tak suke aku pedulik ape?hahahaha



No comments: