Sunday, July 3, 2011

Hari Ini Tarikh Saya Dilahirkan

3.7.1979 aku dilahirkan dengan begitu susahpayah mak aku bertarung nyawa. Mak aku alami banyak masalah masa melahirkan aku dan effectnya sehingga sekarang. Keadaan aku yang telah lemas,luka episiotomi yang teruk akibat aku diforcep kerana mak dah lemah.Terima kasih yang tidak terhingga pada mak yang melahirkan aku,memberi aku susunye sendiri untuk membesar.Along sayang mak sangat2,lebih2 lagi abah tak ada mak lah nyawa along.Walaupun kadang-kadang along ada menyakitkan hati mak,tapi mak along tak bermaksud hendak melukakan hati mak.
Hari ini
Aku sambut hari lahir tanpa abah,along rindu pelukan dan ciuman abah si kepala along.Rindu kata-kata abah "selamat hari lahir long..jangan degil"
Aku sambut tanpa adik di rumah.
Aku sambut dengan keadaan aku tak sihat.Kesihatan aku terganggu dari semalam dan entry ni pun aku tulis menggunakan hp.
Dan sebenarnya aku tak meraikan apa2 pun hari ni.

Walauapapun,aku mengharapkan dengan bertambah usia aku 32 tahun ini.Apa yang aku idamkan dan impikan aku menjadi anak yang lebih baik,isteri yang lebih baik,kakak yang lebih baik dan pekerja yang bertambah baik.
Doaku kepada mu ya allah,kurniakanlah aku seorang zuriat yang sihat dan sempurna.Cukuplah hanya seorang jika itu yang ENGKAU izinkan ya allah.Tidak sanggup aku melihat harapan suami ku,ibu ku dan adik ku begitu aje.





2 comments:

kisah aku said...

HAPPY BIRTHDAY KAK IETAH...
kak nk gak header blog sy...wahaahha
1 lg nk kotak tu...pas pada aini bleh tq kak..

ietah said...

owh..tq dik wish kat akak..
nak header ye?insyaallah akak buatkan yek,send photo2 n words tuk tulis atas header kat ietah_79@yahoo.com
wokey bebeh,nanti akak paskan kat aini..