Wednesday, June 1, 2011

Tarik Rambut

Sejak Abah Aku meninggal, bila mak aku sakit kepala tak ada sapa nak tolong tarik tarikkan rambut bagi legakan kepala mak.Kesian mak aku. Asyiklah menyebut, "sehari sebelum abah balik dari hospital,abah kau tarik-tarikkan rambut mak sebab mak dah tak tahan pening kepala.Abah kau kesian kan mak,tangan dia sakit pun dia tetap tarik rambut mak".Alahai..sayu hati aku,bukan kami adik beradik tak mau tarik rambut mak tetapi tak tahu cara.Banyak kali dah aku cuba,sampaikan aku tukar cara dengan cabutkan rambut beruban. Mak cakap still tak hilang sakit kepala,tapi hilang gatal.hai lah mak aku ni.
Tetapi semalam memang dalam sejarah,dan aku tulis dalam blog bagi aku memperingatinya.Suka hati akulah kalau korang pikir ini pun nak kecoh.hahaha.Tak suka xyah baca lah dongg. Sambil-sambil tengok cinta melody, mak cakap sakit kepala.Alamak!gubra sekejap pasal surelah dia akan suruh tarik rambut dia,karang tak jadi dia mula balik cerita pasal abah.Ha kan..betul aku cakap "long tarik rambut mak".Mula-mula memang tak jadik dan masa ni dah pasrah dah.gila punya pasrahlah sebab jari-jari dah sakit lilit-lilit rambut tu kat jari then sentap.Lepas tu aku cakap kat mak,"ok mak along tak boleh buat.banyak kali try dah ni.ni last eh mak along sentap."Nak jadikan cerita dan allah permudahkan,aku terkehel jari sentap rambut mak aku sampaikan berbunyi.OMG..mak cakap "rambut mak putus eh,sampai berbunyi sebab mak rasa kosong". Aku cakap tak,then aku try lagi buat cara yang sama dan finally yes!aku berjaya tarik sampai bunyi kulit kepala mak.Sampai lenguh jari aku tarik rambut mak sekeliling kepala dia cari spot-spot yang mak sakit.
Kesimpulannya,benda ni motivate diri aku hokey!"usaha sampai berjaya,jangan malas nak cuba,niat kerana allah/niat nak tolong mak..insyaallah dipermudahkan"


tq incik mylongkang.com..aku pinjam gambau yekk

2 comments:

Munira Osman said...

Anak yang baik..berusaha utk menyenangkan hati mak

ietah said...

Insyaallah sis..hanya mak yang tinggal.luahkan kasih jaga dengan apa yang ada.tq review blog sy