Thursday, June 9, 2011

Perempuan Jahat widow on the hill


Gara-gara filem ni la aku langsung tolak buku nak baca untuk exam KPSL.Ish..ish..ish,dasatlah sungguh penangan cerita ni. Aku tak tahulah sama ada korang pernah tengok filem ni ke tak. Tapi aku bukanler pengulas filem,tapi ini kisah benar yang difilemkan semula. Tapi aku macam tak sangka pulak ada perempuan yang macam ni,sanggup bunuh suami sendiri kerana harta.
Ok fine,aku sambung balik kisah dia dia macam mana sbenarnya sebelum benda ni hilang pelan-pelan dalam kepala.Kisah dia mengenai seorang perempuan yang kerja dia kawen cerai,kawen cerai banyak kali. Pada satu hari tu dia ditinggalkan suaminya di tengah-tengah pekan. So berjalan le dia carik jalan pulang kot,aku tak pasti pasal citer ni mula-mula macam tu. masa tengah jalan tu, dia nampak 1 rumah atas bukit. Dia cakap pada diri dia satu hari nanti dia akan dapat rumah yang macam ni. Selang berapa tahun selepas dia masuk sekolah Jururawat. Dia ditugaskan menjaga isteri orang kaya. Masa Linda ni samapai rumah tu, dia macam perasan-perasan yang pernah tengok rumah ni dulu. Lepas tu baru dia teringat yang dia pernah lalu depan rumah ni. Masalah si Linda ni, perangai dia yang buruk dia akan dapatkan apa sajaha yang dia nak walaupun dia tahu itu bukan hak dia. Isteri Hank ni sakit yang bila-bila dia boleh mati. Masa ni lah si Linda ni cucuk daun.Anak-anak Hank memang tak berkenan dengan si Linda.Lebih-lebih lagi yang kecik. Sebab dia rasa yang Linda ni akan buat masalah.Masa jaga isteri Hank ni,pada masa yang sama dia goda Hank.
Lepas isteri Hank mati, dia kahwin dengan Linda yang menyebabkan anak bongsu dia keluar dari rumah.Memang itulah yang sebenarnya si Linda nak. sebab dia ada agenda lain nak bunuh suami dia Hank ni.Hank ni pulak dah terlampau sayang dengan bini muda dia ni,anak-anak dan cakap orang kampung mengenai Linda pun dia tak masuk dalam kepala sampaikan dia sendiri nampak Linda main kayu tiga. Tapi Hank tak buang Linda ni,dia suruh Linda keluar rumah dan jangan datang lagi. Tapi Si Linda ni nak kan harta kan?So di pujuk rayu jugak si Hank.Hank tak pedulik jugak, sampai tahap Hank dah sakit-sakit.Dia dah tak kuasa nak layan Linda. Linda ada jemput pekerja Hank 2 orang (yang Linda pun dah buat projek dengan diaorang ni smapai kena tangkak dengan Hank).Masa ni hank dalam bilik, so linda nak hantar makanan.rupanya Linda bawa sekali ubat ape ntah aku dah lupa.dalam setengah jam lepas tu mereka dengan Hank jatuh,rupanya hank dah mati. Si linda ni tak buat apa-apa,tapi cari wasiat.Dia gembira sangat-sangat sebab Hank belum ubah wasiat tu lagi dan harta yang berjumlah 150 juta tu milik dia sorang.
Anak-anak dia tak puas hati sebab rasa pelik kematian ayahnya,dan tambahan lagi wasiat tu tidak member apa-apa harta pada anak-anak. Yang bongsu minta polis gali balik kubur bapa dia sebab dia rasa tu kes bunuh. Akhirnya selepas perbicaraan,tiada bukti si Linda bunuh Hank.Dia menang.Tetapi,hartanya debekukan sebab tuntutan dari anak-anak kandung Hank.


No comments: