Friday, June 17, 2011

Hari Bapa

Selamat Hari Bapa untuk kawan-kawan,sedare mara dan pak-pak sedare semua. Tahun ni x celebrate pun hari bapa, tahun-tahun sebelum ni rasa-rasanya tak celebrate pun,just ucapkan Selamat hari bapa pada abah. Abah pun kadang-kadang tak perasan Hari Bapa, dia dok tanya kita balik "Hari Bapa ke?" bila tiap kali aku, husband,mak dan adik wish kat dia. Kalau hari lahir,hari ulangtahun perkahwinan mak dengan abah.Ha!Yang tu abah ingat.
Aku selalu buat kepala aku jek ler,asalkan tak buat dia marah sudah.Tapi kadang-kadang tu terkucil gaklah sampai dia marah.lalalalala.Tapi macam biasa aku kan hati batu. Majuk sendiri sorang-sorang lepas tu ok balik aku macam biasa. Biasalah,anak sulung..
Ada 1 part yang aku rase aku sekepala dengan abah,bila tiba time tak puas hati dengan si polan.Sependapat hokey, lepas tu apa lagi.borak sakan ler.Wah!aku api-apikan abah,abah pun api-apikan aku.hehehehehe. Mak aku?tambahkan gula sikit2 bagi manis.wehuuuuu!
Orang tengok abah aku macam garang.Kurang semyum dimuka dia.Serius jek, sekali tengok dalam kepala dah masuk..ceh!orang ni tak boleh bawak berbincang.Mesti marah-marah.(ha..yang ni memanglah gennye aku ambik,dah tak boleh buat apa dah).Dah duduk ngadap.Baru tau lorrr..boleh ngan rupanya. Benda-benda ni aku dah hadap setiap kali kalau aku pergi kursus yang jumpa orang yang berlainan. Apa nak buat ekk kalau dah air muka jenis macam ni. Nasib dah kahwen..hahahaha..tetibe! 
Ada satu benda orang tak perasan sikap aku sama abah, jeng jeng jeng..aku dengan abah suka perhatikan tabiat orang!Kalau rasa hati tak boleh nak masuk,tak boleh nak ngam.Mesti ada tak kene dengan orang tu.Aku boleh duduk berjam-jam hanya tengok tabiat dan perangai orang.Macam kerja gila kan?Adik aku cakap aku salah ambik courses time kat Uitm.Patut ambik psikologi bukan town planning Ceh!sabau ajerler..







No comments: