Friday, June 3, 2011

5.6.11

Jika abah masih ada,hari ini adalah hari kelahiran abah yang ke 59. Akan tetapi kekuasaan allah siapa yang dapat halang?Abah lebih disayangi allah,walaupun kami amat2 menyayangi dia. 
  • Rindu nak peluk-peluk cium abah dan bau badan abah.Ye aku manja dengan abah walaupun aku dah kawen.Kenapa?Kalau dah kawen tak boleh peluk abah eh?Orang lain aku tak tahu,yang pasti aku begini.
  • Rindu nak rebut remote astro dengan abah,yang pasti abah akan menang dengan kuasa veto dia.
  • Rindu masakan abah yang mabeles bila mak tak ada kat rumah.Sangatlah sedap!
  • Rindu nak lepak-lepak dengan abah sambil makan cokodok mak buat dan borak2 sampai abah majuk.Gile aku rindu saat ni.
  • Rindu nak pegi jalan-jalan dengan abah yang selalu bising2 bila dah lapau nak carik kedai makan.Kiteorang kat belakang (mak,aku dgn adik) ketawa kan abah.Lagilah dia mengamuk.hahaha.
  • Rindu dengan gelak ketawa abah sambil cerita kelakar yang boleh bikin orang lain terpegun dan ketawa sampai keluar air mata...
  • Rindu saat sama-sama abah mengumpat orang yang kami tak suka.HAHAHA..yes bab-bab ini aku sekepala dengan abah.
  • Rindu dengan jelingan nenek yang abah bila dia marah kat mak atau anak-anak.
  • Rindu pada kata-kata semangat dia pada aku bile aku down yang amat.
  • Rindu nak kongsi cerita dengan abah
  • Rindu dengan ketegasan dan garang abah.Yang mana inilah yang aku warisi..hehehe
  • Rindu dengan kata-kata abah yang penuh puitis
  • Rindu nak tengok abah makan yang boleh buat orang lain lapar..
  • Rindu dengan kongsi kegembiraan bila aku dapat kejayaan.Aku menangis bile aku dapat sesuatu perkara yang penting dalam hidup aku tak dapat share dengan abah.
  • Rindu yang paling-paling aku rindukan,rindukan suara dia yang marah-marah aku..siyes aku rindukan ini.
Setakat nilah yang aku ingat,tapi yang pasti segala-galanya aku rindukan abah.Selalu time sambut birthday dia aku dengan adik akan belikan sesuatu untuk abah.Tapi kali ini hanya surah yassin dan al fatihah akan aku hadiahkan untuk abah.Sampai sekarang aku masih rasakan abah aku ada..











2 comments:

wo_ai_nee said...

sedih.enuf said~

ietah said...

aini sedih,akak yg merasa lglah..rindu