Thursday, April 28, 2011

Perasaan

Apa nak digambarkan perasaan aku sekarang ni?Bagaimana aku nak beritahu kamu semua?Perasaan kecewa?marah?sedih?terkilan?Atau aku pendamkan lagi perkara ni seperti tahun-tahun sebelumnya?Orang kata aku kuat,aku tak ambil kisah,aku buat macam curah air di daun keladi?Jauh di sudut hati aku apa yang ada?Kalau boleh discan hati aku ni,kalaulah hati boleh boleh digambarkan macam sebuah kereta. Mesti dah macam kereta eksiden remuk teruk dah tak boleh guna lagi. Mentang-mentanglah abah aku dah tak ada,sesuka hati mulut manusia bercakap ye? Kamu fikir aku berdiam,aku seronok dengan kamu semua berdendang mengenai aku?Apa kamu fikir aku ini apa?Tak ada perasaan?Ya allah..kuatkan semangat aku lagi.Aku amat-amat perlukan disaat ini dan dimasa-masa akan datang sehingga aku dijemputMU.

Mereka yang mengata tidak berfikir hal keluarga sendiri,ingatlah perkara yang kamu lontarkan dan yang kamu menjaja cerita yang ditokok tambah dengan perkara yang tidak benar itu satu fitnah. Carilah aku di ahirat esok minta ampun pada aku.Dosa manusia dengan allah,allah maha pengasih dan penyayang..Insyaallah diampunkan. Dosa kamu dengan manusia,lebih-lebih lagi fitnah yang kamu taburkan.Agak-agak kamu dimaafkan dosa kamu pada orang yang kamu fitnah?Apa?Sedangkan nabi ampunkan umatnya?Aku bukan nabi yang suci bersih hati dan jiwanya.Aku manusia biasa yang kamu seronok mereka cerita dan menjaja cerita. Kamu berjawab esok di padang masyar.Aku tidak maafkan dosa kamu yang memfitnah aku.


2 comments:

Nurul Jiyana said...

sabar kak..Allah sentiasa melindungi hamba-Nya yg t'aniaya...zmn skang smua dibayar cash..tggu & lihat je ape jdi nti...

ietah said...

akak masih ade kesabaran lagi nurul..alhamdulillah,masih dipeerkuatkan kesabaran ..Tapi dosa dia pada aku mmg aku tak ampunkan sampai bile2.letaklah pedang pade leher pun,aku xkan ampunkan.