Saturday, April 23, 2011

Mentor

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya. Tapi cita-cita aku untuk bagi kesenangang keluarga.Untuk Emak dan Abah.Tiba-tiba hati sayu malam tadi mengenangkan aku cuma dapat beri kesenangan yang sebentar cuma pada abah.Melihat seluar dia,melihat baju-baju branded yang aku belikan untuk abah.Patutlah abah aku tidak pernah simpan pemberian aku padanya.Dia terus pakai,rupanya tiada lagi abah di sisi aku.
Walaupun gaji aku sekelumit cuma,tak sampai pun 2k.Tapi seboleh-bolehnya aku nak bagi abah dan mak aku rasa dari gaji aku sendiri. Dulu yerlah,aku tinggal berasingan.Bila masa gaji sahaja aku selalu akan balik terus ke rumah keluarga.Baru ada syok duduk lama-lama (kalau aku tahu abah aku akan pergi secepat ini,tak kan aku pindah rumah..siyes!!).Rasa bersalah sangat-sangat bila aku tak selalu balik rumah keluarga.Ditambah lagi aku rasa macam aku kurang dapat kasih sayang abah selepas kahwin.Memanglah banyak sangat aku aku fikirkan.Jahatlah kau setan.Sure kau berlonjak girang berjaya hasut aku kan?Kadang-kadang aku rasa macam abah tak sayang aku,kadang-kadang aku rasa aku anak sulung dipinggirkan.Tapi aku tak pernah cakap sama dia.Aku pujuk hati,aku kata aku dah berumur,aku dah makin meningkat umur.aku dah kahwin.Walaupun jauh dalam sudut hati aku nak bermanja-manja macam dulu.Selepas kematian dia barulah aku tahu dari mulut mak aku sendiri yang abah aku sayang sangat-sangat pada anak-anaknya.Disebabkan aku dah kahwin,abah tak mahu menunjuk dengan aku. Pernah dia cakap dengan mak yang aku tak balik-balik rumah kampung "dah besau kepala sgt ke along?".Begitu rindukan aku.Memang cara abah aku macam ni,dia susah nak tunjukkan kasih sayang pada aku.Tapi dengan adik,memang nampak.Yerlah,anak bongsukan.Sesungguhnya aku amat2 rindukan abah.Tentang kerja memang selalu aku meluahkan pada abah.


(Fresh dari ladang)
Abah aku mentor aku,dia motivator aku,dia pemberi semangat aku.Dia adalah segala-galanya pada aku.Kalau sesuatu perkara berlaku di tempat kerja,misalnya baik ke,buruk ke pasti aku jumpa abah.Tak menyabor orang melaka cakap.Tetapi tahun ini,aku dapat perkara yang baik dalam kerja.Syukur alhamdulillah,aku dah dilantik sebagai JU (jurulatih utama) kewangan sekolah di kawasan Jasin.Dengan usia kerja yang baru 2tahun setengah,aku diberi mandat dari JPM.Perkara ini amatlah besar tanggungjawab.Pada mulanya aku tak mahu,aku menangis dalam kereta depan kawan baik aku.Aku takut,macam-macam aku pikir penerimaan kawan-kawan yang sama-sama lapor diri dan juga supersenior yang lain.Dan yang paling-paling aku kesalkan,aku tak dapat kongsi dengan abah.Ya!abah aku.Kalau dia ada,dia pasti gembira dengan perkara ni.Sebab dia mentor aku,segala cara pekerjaan aku semua aku ikut cara abah.Abah banyak ajar aku meneroka sesuatu perkara baru dengan tabah dan kuat semangat.
Abah,
abah letakkan kepercayaan yang penuh pada along untuk buat sesuatu perkara yang baik dalam perkerjaan.Abah selalu ajar bagaimana nak mengatasi pekerja yang bermasalah.Abah selalu cakap,dari awal kalau tidak diperbetulkan sampai bila-bila benda tu tak betul.Nak menegur orang,nak perbaiki kerja memang banyak dugaan.Kena kuat semangat.Abah aku dalam kerja amatlah tegas,bagi dia kerja tu satu tanggungjawab.Dan sekarang akulah pengikut abah.Pernah lepas 2 kali bengkel kewangan aku dah ditegur JU lama "akak tak mahulah ko semak kewangan akak.Nanti ko banyak tegur".Alahai manusia2,nak buat baik mestilah diperbetulkan mana yang kurang.Senyum sendiri aku...








nota berkaki-kaki: post ni dah ade dalam draft aku berbulan2 dari 3/2/2011..jadi aku campurkanlah perkara lama dan baru.


No comments: