Wednesday, March 2, 2011

Yang Enjoy Hanyalah Sementara

Ingat lagi tak dengan kucing mak aku yang dah tukar alamat IC tu?Ingat?ingat?ingat?Tak ingat pun tak apa,xpaham nanti pandai2 engkauorang lah yek.Kalau rajin,tengoklah post-post aku yang kendian2. Minggu lepas hari khamis malam jumaat aku pergi balairaya ada mesyuarat AJK umno.Pergi dengan mak sebab mak pun dapat jemputan juga.Apa?korang gelak ye aku pergi?Tak baik tau.Macam kata mak,nak letak jawatan,nak lepaskan jawatan janganlah sampai orang benci kita.Ya,baiklah mak.Saya turut perintah.Pasal AJK ni lainkali aku cerita hokey.Maybe dalam blog yang dah aku privatekan.Kamu-kamu tahu ajalah, orang ni sensitif kalau kita kata tak betul pada diri dia.Mulalah melenting.Bagi akulah kan,kalau engkauorang tak buat.Nak marah-marah apa pekdah?Gi sembahyang lagi bagus derr.Trully,aku pernah mengalaminya.Keadaan yang melampau-lampau marah.Meluap-luap.Kiranya kalau ada parang,memamg dah kena libas.Tahu kamu macam manalah keadaan kemarahan ku.Menggigil2 badan.Tapi alhamdulillah,tiba-tiba terlintas dalam hati."pergi ambil air sembahyang ita".Dan dan itu jugalah aku ambil air sembahyang,bertapa mukjizatnya air sembahyang hati aku sikit-sikit menjadi sejuk.Jadi kamu-kamu semua, sekiranya mengalami seperti yang aku alami.Cuba buat seperti yang aku buat.Aku bukan memaksa,terpulang pada diri masing-masing.
Hokey, kita teruskan iyek. Mesyuarat habis dalam jam 10.45 malam macam tu.Aku bawa sekali busu munah hantar ke rumah dia. Macam biasa,sessi mengumpat diteruskan dari dalam kereta.BLABLABLABLA antara mak dengan busu munah.Aku tak masuk campur,cerita emak-emak.hehehe. Aku pandang-pandang keluar sekali nampak daa tucat aku dengan hitam (yang dah tukar IC jadi black,apakah??).Aku apa lagi,tangkap dua2 masukkan dalam kereta.Jadinya chit chat mak dengan busu munah ditamatkan gara-gara kucing 2 ekor tu.Sampai-sampair umah,dua2 aku lepaskan dalam rumah.Wah sangat seronok dua ekor tu,berdendang sayang dia.Lari sana,lari sini.karpet mak aku pun dah jadi karpet terbang angkara dua2 ni.Haishh....sangat seronok ye?Hitam aku kurung dalam rumah,lagipun dia bodoh dan tak pandai panjat-panjat ni.Kesian pun ada.Ah!tucat jangan tanyalah,sejak operate haritu makin menjadi-jadi nakal. Kucing pun tahu sayangkan adik beradik,manusia ada pula yang bergaduh sesama adik beradik.Aku pun kadang-kadang bergaduh juga dengan adik,tapi aku sayang adik aku.Dia satu-satunya adik yang aku ada.Kalau aku tak uruskan dia,siapa yang akan uruskan?Kalau korang tengok dua ekor ni,korang pun terhibur.Makan sama-sama,tidur sama-sama,minum sama-sama (gambar minum tak dapat tunjuk sebab aksi camerawoman yang seksi skit.HAHAHA).Kalaupun tak makan sama-sama,yang sekor temankan.waaaah.kemain ekk..Tengokler aksi-aksi dua ekor ni. 







Tetapi apakandaya..selama 4 hari 3mlm di rumah kelahiran akhirnya,hitam dapat keluar.Dengan cara apa aku tak tahu sebab aku pergi kerja.Tinggal ler tucat sekor-sekor.Kesiaaaannnnnnnn...duduk pun buhsaaannn jek rupa...


No comments: