Friday, March 18, 2011

Househusband Hosewife

Semalam terpandang my husband basuh baju guna mesin basuh lepas tu sidai, terdetik hati tanya.

me : Rajinnye dia....penat tak bang basuh baju?
husband: tak pun,bukan abang yang basuh.mesin yang basuh..ita kan malas..

eh..ada pulak ujung-ujung tu mengata aku.sabau ajerler....hahaha. Bukan malaslah tapi tak berminat nak basuh baju. Boleh ek macam tu?HAHAHA. Alhamdulillah my husbad tak pernah merungut, tak pernah bebel-bebel kalau bantu buat kerja rumah. Kebanyakan memang basuh baju dia yang kerjakan. Kerja saya melipat-lipat baju,gantung-gantungkan baju.Susun baju pun  dia buat jugak.Kedengaran macam isteri pemalas di situ. Husband saya masa dia fleksible,selalu ada di rumah sebab dia tak makan gaji macam saya yang tuntutan kerja jam 8.30pg- 5.30 petang (tapi kadang-kadang culas jugak bab tengahari tu balik awal dan petang pun pulang awal). Jangan ikut perangai aku ni yek, yang otai-otai jek boleh buat.HAHAHA.

Ok, credit pada husband saya atas kerajinan dia tolong saya.yup!banyak membantu.Kadang-kadang sapu sampah dan masak nasi pun dia buat. Kalau dia terlebih rajin,masak pun ada sesekali.Macam househusband kan?Cuba kalau aku ceritakan benda ni pada kawan-kawan,ajeke mereka kata aku queenqontrol. Suruh husband buat kerja rumah. Tapi sebenarnya tidak,dia yang rajin bantu.ringan tulang.Alhamdulillah..sekurang-kurangnya kerjarumah aku banyak tak tergendala dan buat hujung minggu.terima kasih ye incik mazlan.Sayang kamu banyak2.
Banyak aku tengok sekeliling yang suami tak membantu isteri, selalu aku tengok time raya. Kalau anak tu menangis,dibiarkan aje samapai nak terkeluar anak tekak aku tengok budak tu menangis.Maknya dari dapur terkirai-kirai kain pergi pujuk. Yang si bapak dok sedap melayan tv.Nampak tak di situ betapa suami ambil mudah benda-benda ni semua?Cuba kalau si suami tu pujuk kan anak dan isteri pun boleh teruskan kerja-kerja lain, bukan kah disitu nampak membantu?Membantu hanya sekejap,dapat selesai masalah.nampak tak?nampak tak?
Lagi satu sebelum kawin, nak belikan si tunang pensel sebatang pun sanggup keluar malam-malam(contohlah) lepas kawin, tolong belikan garam kat kedai kampung pun berkira.Kenapa boleh jadik macam ni eh??Pelik aku,betul2 pelik.Adakah belum dapat,kene buat baik-baik.Dah dapat lantak ko lah nak terbalik?Kadang-kadang bende mengarut2lah aku tengok.Malas lah pulak nak tulis lelebih karang ade yang sentap2.
Harapan aku,semoga perkahwinan aku kekal hingga akhir hayat walaupun masih belum lagi dikurniakan anak.Bila lah agaknya aku dikurniakan anugerah yang satu ini?Sampaikan arwah abah aku pergi dia tak dapat lihat cucu dari aku.Janganlah sampai ibu ku jua pergi dia tak dapat melihat cucu dari aku..tetibe emoooo

gambau contoh..tq incik google

No comments: