Wednesday, January 19, 2011

Tucat Mak dan Abah

Adik juga dan termasuk aku suami isteri .Ok tau2..mesti ada yang dah tau aku ada kucing berbulu lebat nampak gemok tapi kurus!hahaha.Ye2,dak debot itu.Masih lagi kucing aku dan ada kat rumah mak.Ini tucat kucing abah dan mak dan adik beradik sama hitam..alah!kucing yang dah tukar IC di rumah jiran tu.Ingatkah kamu?Dipanggil tucat sebab perutnya macam berpusat.Yang sebenar-benarnya kami semua tak tahu rupanya,perut dia yang berpusat tu macam ketumbuhan.Memang kami tak tau.Kami fikirkan,tucat istimewa sebabkan perut dia yang unik.Mak ada jugak cakap,tucat bau busuk,pusat dia bau busuk.Memangler busuk ye tak?Nama pun kucing,bukan mandi hari-hari.Sedangkan orang pun ada tak mandi 1 hari.HEHEHE..1 hari tu,tucat tak balik-balik,sekali balik aku tengok pusat dia macam ada terkeluar,Ya allah pusat dia dah pecah.Kelamkabut cari minyak gamat nak sapu..OK fine,minyak gamat memang sinonim dengan orang melayu khususya.Luka sikit cari minyak gamat,lebam sikit minyak gamat dicari dulu.Akan tetapi kalau sakit kepala pun engkau tenyeh dengan minyak gamat memanglah Engkau..menangis disitu aku T_______________T.

Nampak yang warna putih tu?itulah yang kiteorg ingatkan tak ada apa-apa masalah

Gambar ini seminggu yang lepas,jadik memang tak nampak apa sangat di pusat tu.tapi sejak 2-3 hari asal tucat melintas aje depan aku,berbau busuk macam nanah.Asal aku lalu aje depan tucat,itu juga bau yang aku hidu.Tucat ni cerdik,dia tak menyusahkan aku.Senang cakap,macam faham bahasa lah jugak. Pagi tadi,aku tak sedap hati sebab,dia mengekor mana aku pegi,macam nak bagitau.Aku angkat,sekali tengok pusat dia dah membengkak dan nanah dah macam meleleh.Tak kena gaya,mintak husband bawak ke klinik haiwan kat Jasin.Husband call bagitau tucat kena operate kat pusat pasal dah teruk. Dr haiwan beritahu,Eh!aku bukan mencarut ler,memang dia dr haiwan.Abis takkan nak panggil dr pakar bidan.
Dr bagitau,kalau lambat bawak,tucat boleh _______.Sila isi tempat kosong,hadiah tak ada...
So,tucat dibeli ubat pelali,dipengsankan.Petangnya baru boleh ambil tucat.Pusat dia kempes terus,dengan kesan jahitan.Selepas 2 minggu baru boleh buka.Aku dengan tidak rasmi jadik dr di rumah untuk tucat.
ni lah gambar-gambar yang aku dapat kongsi dengan korang semua.


Gambar perut tucat lepas operation...kesian tucat mak aku

No comments: