Saturday, January 29, 2011

Im The Bos.Layak kah Bos?

Seronoknya menjadi bos,dinaikkan pangkat sebagai bos,ketua jabatan,ketua unit paling cikai pun CC lah kan.Bos lah itu.Betul lah!CC pun bos antara kerani.Malahan kalau kamu ada perniagaan sendiri paling bawah pun jual cekodok pisang kamu adalah bos juga.Iye betul.Tetapi kala bos perniagaan sendiri yang besar,yang ada bangunan sendiri.Sewa pun sewalah,asalkan bangunan sendiri.Maybe lagilah bergaya,ye tak?Berbezakah bos perempuan dengan bos lelaki?Orang kata cerewet dengan perempuan ni.Bagi akulah kan,aku dah merasa dengan 4 orang bos perempuan. Macam-macam perangai,yang tegas,yang suka percaya cakap orang,yang takut manjang kene surcaj dan yang tak boleh blah lah kan.kepochi!hehehehe.Tapi aku bukan nak ceritakan karenah bos-bos perempuan aku ni.Kisah orang lain,yang terjadi depan mata aku. Aku pergi ke 1 firma untuk uruskan urusan keluarga. Lebih kurang aku berbincang dalam setengah jam,bos perempuan dia masuk.Terkejut gila aku,dia terus tengking staff dia depan mata aku.Dengan nada yang bagi aku amat mengjengkelkan!Bukan kah lagi baik,panggil staff itu masuk ke bilik,nak marah pun marahlah tapi bukan di depan client.Ikutkan hati aku,mahu aje rasa nak batalkan proses di firma ini.Tapi fikirkan segala maklumat memang teah tersimpan di situ,aku diamkan jugalah.Memang aku dan kawanku terkejut dengan kelakuan bos dia.Sudahlah muka masam,malahan kami ni client dia pun pandang muka pun tidak!Tahulah urusan kami itu tidak mendatangkan pulangan yang lumayan pada dia.
Memang aku nampak apa yang berlaku,suara tak ada yang baik.Kalau korang nak tahu,pejabat firma dia tu pekerja 3 orang aja.Setahu aku,masa aku pergi firma ini dengan abah 6 tahun yang dahulu,staff yang ramai.Sesak gila pejabat dia dengan mempunyai 1 orang lagi peguam.Tiba-tiba aku teringat,staff dia ada ckp dengan aku bila aku tanya,skit sangat staff.Jawapan dia "staff dah ramai berhenti".HAHAHA...tersenyum sorang aku.Kalau akulah kan,dapat bos macam tu (kalau aku kerja private),selamat jalan juliet lah!Sebelum blah,memang aku kasik 4-5 das!Kamu itu bos,tidak seharusnya berkeadaan dan bersikap demikian.Sudahlah komputer ddan perkakasan pejabat zaman tok kadok digunakan.Staff yang kena tengking tu aku rasa dia mesti malu dengan aku sebab aku dengar kesemuanya cerca bos dia.

 jangan jadik seperti ini
jadiklah boss yang disayangi dan dikenang sampai bila2 seperti mana aku sayang dan masih teringat kebaikan bos lama aku di site office

6 comments:

From My Heart said...

Salam kak
Mmm x efficient lgsg itu boss. Knp msti mrh pekerja dpn client?? Kan client tu penting utk company? mcm nie pnyer org pn ade

ietah said...

ida..itu yg akak katekan xprofesional.pak kal lah rekod kat lawyer tu,kalau x mmg akak blah je tau!taulah,kiteorg ni dtg bkn kes2 besar cume perlukan khidmat peguam skit jek.at least,pandang kita dan senyum.ini x,buat xtau jek...tengking2 staff dpn client lg...
mmg ade org mcm ni ida,dlm 10 mesti ade sorang.

From My Heart said...

huhu..tu yg sy hairan bin ajaib. Ptutnya kena tnjk kt client kita yg kita nie terbaik dr segala segi. Bkn takat offer service guaman tp budi bahase tu huh

sweetyesmine said...

Emm, mcm2 perangai manusia kan kak. Dewasa kite. kite byk blaja dr pemerhatian tingkah laku org lain. yg baik jdkan teladan, yg buruk kasik buang jauh2... yg pentg kite berdoa dan terus berdoa agar sentiasa tergolong dalam kalangan mereka yg sentiasa merendah diri...amin.....

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

ietah said...

anony...hahahaha..xterjadi di pat keje saye