Wednesday, December 15, 2010

Sad Feelings

Diam x diam dah lebih 3 bulan arwah abah tiada bersama kami,sungguhpun begitu setipa hari tidak pernah lepas,lekang dari bibir kami sekeluarga menyebut "abah".Bercerita mengenainya,bercakap mengenai perilaku abah.Ketawa pada awalnya berakhir mengalir air mata..abah..abah..semoga abah tenang di SANA..
Seperti yang aku janjikan dulu nak ceritakan detik-detik akhir bersama arwah abah 30hb Ogos 2010 jam 1.45petang bersamaa hari Isnin di waktu laungan azan zohor dan waktu itulah abahkudijemput ilahi. 4 hari diberi cuti Dr.Tan pada abah,kami 1 keluarga sangat2 manja dengan abah.walaupun abah tak boleh berpuasa,tapi dia masih mahu bersahur dan berbuka bersama.Cuma pada hari Ahad,keadaan abah agak lemah sedikit banyak berbaring.Aku tidaklah fikir abah aku akan pergi pada keesokan harinya.Kalaulah aku tahu,memang aku tak kan tinggal dia walaupun sekejap.Sungguh!Akan tetapi siapalah kita menidakkan ketentuan allah. Macam biasa, lepas berbuka aku akan balik ke rumah Taman siap2 mandi solat semua dan balik semua ke rumah abah. Bila aku sampai,aku dengar mak dengan abah dalam toilet.Rupanya abah buang air besar, sedikit ralat aku sebab tak dapat bantu mak.Bila bah keluar tandas,nafasnya tercungap2 agak lain.Abah pun xbanyak cakap masa ni.Lepas aku kemas2 katil abah,abah baring. Sekejap tu,abah mau ke toilet lagi.Bila papah abah semula ke katil,aku dah tak boleh tahan air mata tengaok begitu payah abah bernafas.Aku ambil minyak angin,aku sapu di dada abah.Memang aku dah janji dengan abah tak mau nangis depan dia..tapi akhirnya aku tewas...air mata aku laju keluar.Ayat yang tidak akan aku lupa sampai aku mati "Jangan nangis long,jangan nangis nak...ni sakit abah..sakit abah nak"..Anak mana yang boleh tahan tengok kesukaran abah bernafas.
Aku pujuk abah pergi hospital, panggil ambulans.Sekejapan abg hamzah datang dan dia juga yang buat panggilan telefon ke hospital Jasin. Abah dibawa ke hospital Jasin pada masa orang balik solat terawikh,jadi ramai yang datang ke rumah bantu abah untuk dibawa ke dalam ambulans.Masih aku ingat lagi jery,min,wan lamit,bang hamzah,bangcik,bang nizam dll bantu abah.Tak ku sangka,abah melambai kepada semua yang ada di rumah.Rupanya itu lambaian abah yang terakhir.Di Hospital Jasin pun abah xlama sebab aku yang minta abah dibawa ke GH sebab kes abah di sana..
Bangdin anak pakcik dolah yg hantar abah,aku dah husband follow dari belakang.Mak dalam ambulans.Sampai di zon merah,abah titipkan pesanan pada bangdin yang abah minta maaf kepada semua org kampung dan ucapkan terima kasih pada sesiapa yang menziarah abah di hospital.Kamu2 semua boleh bayangkan tidak seolah2 abah aku tau yg dia akan meninggal??
Abah dimasukkan ke wad HDW,maaf aku sendiri lupa apa nama penuh wad ni.Dr bagitau aku dgn mak yang keadaan abah kritikal.Aku dengan mak diam sebab kalau dilihat keadaan abah macam tidak kritikal.Kamu mahu tahu?Ada sesetengah yang tak melawat abah,pandai2  bawak mulut kata abah meninggal sebab sesak nafas dan sakit jantung dan yang paling..paling..kami sakit hati,bawa mulut kata kami tak sempat bawa abah ke hospital,lambat bawa ke hospital. Ya allah..hanya Engkau yang mengetahui segalanya.
Di sini aku ingin nyatakan,abah aku meninggal sebab "acute renal failure with underlying all"..ada sebut jantung  disitu?ada sebut pernafasan di situ?Sehingga di saat akhir abah ditidurkan,dia masih berfikiran waras dan masih bercakap-cakap dengan kami.Aku,mak dan adik bergilir-gilir cium abah sebelum dia ditidurkan demi kesihatan abah...tapi seperti yang aku bagitahu sebelum ni.abah aku lebih disayangi allah..abah aku orang yang baik..pemimpin masyarakat yang baik..his the best father in the world for me!but in fact, everybody shall be proud of their family rite...
Bagi kamu2 yang bermulut comel,yang hanya pandai mengata keluarga orang lain..tengok keluarga sendiri sempurnakah kamu di mata masyarakat?sempurnakah kamu disisi allah?..Kami dipilih allah untuk diuji sebegini sebab DIA maha mengetahui kami boleh diuji..walaupun kadang2 rasa kenapakah keluarga aku diuji sebegini??..kenapa tidak keluarga lain?Astagfirullahal'azim...apa yang berlaku ada hikmahnya...terkilan pada aku sebab abah aku tak dapat melihat cucu dari aku..dan mungkin juga sampai bila2 aku tak kan dapat bagi mak cucu..Tak apa ye mak, along redha...
Sekarang aku hanya punya mak,maklah segalanya bagi aku..



Abah aku pergi 30hb ogos bulan ramadhan...abg sepupu aku pula meninggal hari raya qurban yang kedua.Masih muda dan mempunyai anak kecil..

Selepas abah meninggal,3 pesakit cancer yang baik dengan abah meninggal...



4 comments:

Nurul Jiyana said...

sabar ye kak...Allah lebih mngetahui ape yg t'jadi & pasti sedang merencanakan yg t'baik buat akak n family..

ietah said...

mudah2an nurul...
cuma kadang2 tu setan kacauganggu tu sbbkan rase ketidakpuashati..
akak redha,pasti ada hikmahkan?

intan said...

sabar ye kak....pasti ade hikmah nye...al fatihah...

ietah said...

kadang2 luhana hati itu perlu supaya kita xtertekan kan?
thanks intan...