Thursday, December 23, 2010

KENAPA??

Opsss pendeklah bukan tajuk aku kali ni?HAHAHA.Tapi isinya mari kita saksikan sapa yang kena?Eh eh eh eh hengkau, macam ali baba pujang lapuk daa.Tak ada sapa-sapa kenapun sebenarnya.Ini lumrah kehidupan,kalau engkau terasa memang engkau buatlah kan?Paling tidak pun engkau menjadi mangsa keadaan.Kadang-kadang ada sesetengah manusia ni boleh terima apa yang kau cakap depan dia,tapi belakang engkau.Wah!Dia kutuk-kutuk engkau,macam nak benam-benam engkau dalam tanah reaksi dia.Depan engkau,alamak ai pijak gajah pun tak matilah.Aku cakap benda betul,sebab dulu-dulu aku macam ni jugak.Depan angguk-angguk,geleng-geleng.Bila belakang,pung pang pung pang pak mustape ler.HAHAHA.Akan tetapi masa mendewasakan kita,masa mengkedepankan kita dan bertambah berat badan aku lagi.Oleh sebab tu aku berani cakaplah 70% akan aku cakap depan-depan dengan orang tu berbanding sewaktu waktu dulu aku macam tikus.Aku garang?Ye sedikit aku ada garanglah jugak,tapi aku lebih kepada tegas.Engkau yang tidak kenal aku lagi memang akan cakap aku garang,tapi kenal dulu lah baru tahu aku ni jenis macam mana.
Kali ini aku hanya nak bagi point-point jek,nanti aku huraikan.Walaweii macam karangan pulak.Ada aku kisah?HAHAHA

KENAPA?

1.Orang sebok-sebok tanya bila nak kawen?
Ha,ini satu hal yang aku paling-palinglah menyampah.Apa yang engkau susahkan dia tak kawen lagi?Ada dia mintak duit engkau ke bila nak kawen?Ade ke kalau dia tak kawen akan buat engkau mati?bagi aku yang dah kawen ni pun naik menyampah dengar.Jodoh maut di tangan allah,kita manusia cuma usaha.Tapi bila kita cakap jodoh tak ada lagi,wah dia jawab pulak "dah engkau taknak carik".Apa?engkau fikir cari jodoh ni macam pilih kain kat Nilai 3?Macam pilih ikan kat pasar borong?jadi,tolonglah jangan bertanya benda-benda yang macam ni pada orang yang belum ada jodoh.Dia mahu ke berkeadaan macam ni keseorangan?Engkau fikir mereka tak ada perasaan bila tengok orang bersuami?beristeri?Sekarang zaman sediakala bukan dahulu kala,umur 13 tahun dah kawen.Aku unur13 tahun pun kadang-kadang baju dalam dengan seluar dalam pun mak dengan abah basuh.Basuh tangan lagi.Aku cuma buat bidalan sahaja,dah tak ada benda lain.Yang ni je aku nampak.Nampak tak kat situ punya jauh beza dulu dan sekarang.Bagi aku kalau setakat umur 38tahun tak kawen lagi bukan masalah.Jodoh itu ada cuma tak tahu bila.

2.Orang sebok-sebok tanya bila nak ada anak?
Engkau tahuke apa yang ada dalam hati diaorang?Engkau fikir mereka yang berumahtangga ini tak mahu anak penyambung keturunan?Tidak ada pasangan yang berkahwin yang tidak mahukan anak.Aku cakap tentang diri aku juga.Aku dah naik fedup dengan soalan-soalan macam orang tak ada otak tanya. Seingat-ingat akulah kan,tak pernah sekalipun aku tanya pada orang yang berkawin lama soalan-soalan sensitif macam ni.Ya allah aiiii..Ini kuasa allah,anak bukan turun dari langit.Engkau tahu ke dia usaha ke tidak untuk dapatkan zuriat?Engkau tahu ke tidak dia perabis duit macam mana nak berubat dengan doktor pakar?Perluke engkau nak tahu semua itu?Kalau engkau sensitif dan kesian dengan orang-orang yang senasib macam aku ni tidak perlulah tanya bila mahu anak?Doakan yang baik-baik untuk orang yang senasib dengan aku ini.

3.Orang sebok nak tunjukkan dia lagi hebat?
Perghhhh..paling tak boleh blah hokey orang-orang macam ni.Kadang-kadang aku gelihati,boleh ketawa depan-depan orang tu lagi.Apa punya cita manusia jenis ni.Contohlah kan,aku kata contoh.Terpulangler korang kalau boleh agak sapa2 pun tak kan kena saman punya.HAHAHA.Si A ni dapat A,datang si B yang dapat B pulak cakap "alah,orang pun pemeriksa nak bagi A jugak,tapi orang tak nak nanti banyak kerja nak kena buat bila dapat A."Nampak tak itu?tetap nak hebat,tapi hakikatnya nothing..nampak looserrr kat situ. Macam kalau engkau pakai rantai panjang dada,eh..dia pun akan pakai rantai panjang sampai lutut.Nampak tak itu?Kenapa nak tunjuk engkaulah maha hebat,tak ada yang hebat2 berlaka melainkan engkaulah yang paling hebat.Kita ni manusia,aku nak cakap sikitlah.Hidup di bumi yang nyata,sedar asal usul.Tidak semestinya engkau dapat bagus,engkau akan bagus selamanya kalau tidak beringat dari sekarang.Hiduplah dilandasan yang betul,ikut arah tujuan.Ada matlamat hidup yang diredhai allah.Percayalah cakap aku orang yang macam ni memamg tak ramai kawan.Senang cakap tak ramai suka pun,tapi dia tak kisah atau baut-buat tak tahu sebab hati dia dah dibutakan syaitan.Resah punggung tu kalau orang lain lagi hebat dari dia..Astagfirullahalazim,jauhkanlah sifat-sifat macam ni dalam diri aku.

4.Orang sebok sebok-sebokkan hal orang lain?
Ini memang banyak,terlalu ramai tahu engkau?Dari 1 hingga 3 orangnya dari sifat yang 4 ni lah.Tak ada yang 4 ni,takkan wujud 1 hingga 3.Percayalah cakap aku.Orang pakai baju dalam warna apa pun dia nak tahu.HAHAHA.Kelakarkan orang-orang macam ni...kesyiaaannnn.Orang yang macam ni bagi aku dia  takde kehidupan yang lebih bagus dari orang lain,tu sebab dia nak tahu je urusan orang lain.Biarkan mereka golongan seperti ini.Kalau Engkau layan, buat sakit kepala.Jadikkan orang seperti ini hiburan pada engkau.

5.Orang sebok bela kucing,ko sebok-sebok mengaku itu kucing Engkau?
HAHAHAHA..tak ada kaitan langsung dari 1-4,tapi percayalah kucing rumah aku dah direbut orang sampai mengaku itu kucing dia.Siap bela dalam rumah dan siap tukar nama dari hitam ke "black".Macam tak malukan mengaku tu kucing dia!



sekian dah..

5 comments:

Nurul Jiyana said...

btul 2...penat lyn org camni..sibuk nak ambik tau hal org lain...helo..kain sdiri jage ok..jgn sibuk hal org..tp yg xleh blah kucing pun ade org nk rebut ke?ape kes?g je kt pasar byk kucing t'buang..susah bile ade manusia yg suka ambik tau n ambik hak org..pless la sape2 yg b'kenaan..ubah prangai 2...

ietah said...

hahahaha..percayalah mmg ade kucing yg kene colek dgn jiran..siap tukau nama lagi ok..
org2 mcm ni penat kita nak layan ..so kepohhh

intan said...

biase la kak name pun manusia.....ade sesetengah manusia nie die pk die je yg btl,hebat,bagus dan seangkatan dgn nye la....tp hakikat nye org2 mcm nie la yg bermasalah....bak kate org,kain sendiri tercarit xperasan la.....kain org je die nampak dulu......lg satu,klu kucing pun die blh ngaku hak die itu amat2 bahaya....ini manusia perampas name nye....hehehe...(btl ke?..)

ietah said...

intan,percayalah kisah kucingku dirampas jiran itu benar2 belaka.Bela xmau,dah besau ambik kucing family.Dahlak tu diap tukau nama IC lagi ke "black".
Dolu2 akak penat layan perangai manusia mcm ni..skang ni buat mcm diaorg tu terpai minda

intan said...

biase la kak org nak mbik mudah mcm tue....die tgk kucing tue da bsr,cantik,sihat tue yg diie ambik....